Selamat Hari Lahir Kak Long...

Majlis tahlil arwah ayah dibuat selama 3 hari berturut-turut dari 9 Ogos hingga 11 Ogos. Malam tadi plak, kebetulannya adalah hari lahir kakak aku yang sulung (Kak Long). Disebabkan kesemua adik-beradik, anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit ibu aku berkumpul di kampung, maka adik-beradik aku yang lain mengambil kesempatan untuk membuat doa selamat untuk Kak Long kami sempena hari lahirnya yang ke-49. Sebenarnya, doa selamat itu bukan untuk Kak Long seorang sahaja, tetapi, kebetulan jugak, hari lahir aku dan Mommy juga di dalam bulan yang sama iaitu bulan Ogos. Kira sama-sama lah menyambutnya...
Dikuasakan oleh Blogger.