Inspection Kedai

lapangnyer kedai aku yek...cumer ada rak jek. Pasni dah boleh la buat patisyen untuk bilik opis dan bilik semayang. Pastu buat bilik rehat sekali. Pastu nak pasang air-cond plak. Pastu nak beli barang-barang pejabat, pastu....pastu...pastuu...eeeiiii banyaknyer nak kena uruskan
khusyuk bebenor abang "kubersamamu..." tengok 'burung botak' pasang lampu tu yek?!
Tengah syok-syok bertadarus, tetiba dapat sms dari Mommy menyatakan dia dapat call dari Pegawai Bomba nak buat inspection kedai. Haa apa lagi, dengan kelam-kabutnyer bercampur panik dan haru-biru aku terpaksa la chow chin chow dan bergegas ke kedai. Jarak dari rumah MB ngan kedai aku tu pulak lebih kurang 15 - 17km gak. Dahlah terpaksa tebalkan muka sebab escape awal dari bertadarus. Diaorang tengok jek aku nak cabut lari. Sebab malu nyer pasal, aku ajak sekali abang "Kubersamamu..." join sekaki ngan aku meloloskan diri. Nasib baik ler dapat respond "baik punyerr..." dari abang "kubersamamu...".
Dengan lagak macho tapi hancur...kitaorang pun apa lagi la, drive kete memasing dengan laju dan ributnyer menuju ke kedai aku di Taman Perling. Bukannya apa, takmoh la nanti Pegawai Bomba tu cari alasan nak reject lagi dari memberi aku Surat Sokongan Perlesenan untuk kedai aku tu. Tuhari dia dah buat sekali dah! Hampeh!! Reason dia tak bagi sokongan sebab takder orang kat kedai masa dia datang buat inspection. Tu yang aku beriya-iya suruh dia tunggu sehingga aku sampai kedai. Dia cakap dia nak buat inspection kat tempat lain. Aku merayu la bagai nak rak suruh dia patah balik ke kedai aku sebab aku dah on d way sesangat.
Pujuk punyer pujuk, akhirnya Pegawai Bomba tu pun setuju untuk patah balik ke kedai aku. Bila dia buat inspection, lain-lain dia takder komen la, cumer dia suruh pasang lampu kecemasan jek. Tapi secara lisannya dia dah bagi kelulusan untuk Surat Sokongan Lesen kedai tu, alhamdulillah.
Bila Pegawai Bomba tu dah blah gi tempat lain, aku terus ke kedai elektrik yang berdekatan. Terus beli lampu kecemasan dan suruh pasang sekali. Kopak gak la RM 120.00 tak pasal-pasal. Abihtu, kalo tak dipasang, nanti takut jadi reason Pegawai Bomba tu taknak bagi Surat Sokongan. Mana la tahu, kut-kut nanti saja-saja jek dia datang buat inspection lagi, kes naya jek. Lagipun, memang dia dah bagitau awal-awal suruh pasang lepas dia luluskan. Nak tak nak...'nggek' kan aje la...
Dikuasakan oleh Blogger.