Majlis Tahlil Arwah Ayah Ke-40 Hari

Selepas Zohor kitaorang bergegas balik ke BP kerana nak mengejarkan majlis tahlil arwah ayah yang ke 40 hari yang akan diadakan pada pukul 6 petang. Kalo ikut perkiraan sebenar, hari ke-40 adalah pada 17 September lepas. Tapi disebabkan hari tu merupakan hari bekerja dan anak-anak pun bersekolah, so, kitaorang anjakkan ke hari ini (Sabtu).

Majlis tahlil bermula pukul 6.15 petang, dimulakan dengan bacaan Yaasin dan kemudian tahlil. Kira ngam-ngam tahlil abis, waktu berbuka poser pun tiba. Selepas berbuka serba ringkas, kitaorang bersambung plak dengan solat Maghrib berjamaah. Sesudah itu, masing-masing menikmati juadah berbuka poser. Menu nyer pun simple jek. Makan nasi himpit dengan lauk-lauk ketupat seperti ayam masak merah, kuah lodeh, rendang daging, sambal tumis dan sambal kacang. Kuih-muih pun tak dibuat sebab kenduri ni untuk family members sahaja. Tak jemput orang kampung pun. Kira anak-beranak, sepupu-sepapat, cucu-cicit sahaja lah. Nanti mungkin untuk kenduri 100 hari baru buat majlis besar sedikit, ajak orang kampung sekali...

Post a Comment

0 Comments