Pemeriksaan Rutin Klinik

Pagi-pagi lagi Eja dah kena bangun tido. Mandi dan kena bersiap-siap. Hari ini Eja ada buat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Abdul Samad. Appointment ni telah dibuat enam bulan yang lalu. Walaupun Eja dah berusia hampir 4 tahun, pemeriksaan sebegini tetap akan dijalankan. Mungkin sehingga Eja memulakan alam persekolahan nanti. Selepas itu akan disambung di sekolah. Klinik ini akan memantau tahap kesihatan Eja dari kecil hingga lah bersekolah nanti. Perkara-perkara yang dilakukan di klinik hari ini ialah :
  • Pendaftaran dibuat oleh Mommy (Eja dapat angka giliran yang pertama). Selepas Mommy mendaftarkan Eja, Mommy terus gi kerja. Papa ganti tempat Mommy untuk menemani Eja sepanjang pemeriksaan dijalankan di klinik.
  • Ukur berat badan dan ketinggian Eja.
  • Pemeriksaan di bilik pemeriksaan oleh jururawat. Soal jawab tentang pemakanan, pertumbuhan dan perkembangan minda Eja.
  • Diberikan satu dos ubat cacing (sekurang-kurangnya sekali dalam setahun) dan satu botol multi-vitamin (ni Papa yang request).
  • Set untuk next appointment (bulan Mac tahun 2009)
  • Hantar Eja pulang kemudian Papa terus gi opis
  • Selesai

Post a Comment

0 Comments