Pusara Ayah

Hajat Uncle Odin untuk menziarahi pusara ayah nampaknya termakbul. Pagi semalam, dia mengajak Papa pergi menziarahi pusara ayah untuk membaca surah Yaasin. Memang semata-mata kedatangan Uncle Odin ke Johor adalah untuk bersama-sama menghadiri majlis tahlil dan juga menziarahi pusara ayah. Nampaknyer pusara ayah tak banyak berubah selepas 40 hari ayah dikebumikan di kampung. Mungkin selepas 100 hari nanti, kami akan buatkan 'kepuk' di pusara ayah apabila tanah pusara tersebut sudah agak sebati dan kering. Kerinduan kami terhadap ayah sedikit sebanyak terubat jua dengan kunjungan kami ke pusaranya. Semoga roh ayah dicucuri rahmat, al-fatihah!

Post a Comment

0 Comments