Selamat Datang Uncle Odin

Tengahari tadi lebih kurang pukul 12.10 tengahari, flight Uncle Odin sampai dari KK ke Senai. Uncle Odin ni merupakan room-mate Papa masa Papa belajar di Kuching dulu. Tapi kami bukan belajar di dalam kelas yang sama. Uncle Odin bahagian Automotif Diesel. Kira bahagian enjin-enjin kereta ni serah jek la kat dia. Enjin kapal terbang pun boleh gamaknyer. Uncle Odin ni merupakan anak jati Tawau. Kami berkenalan semasa sama-sama belajar di Kuching, Sarawak. Kemudian tu, kami jadi room-mate selama satu semester. 

Masa praktikal dulu, Uncle Odin menjalani latihannya di JB di workshop abang ipar Papa selama hampir setahun. Oleh kerana itulah Uncle Odin ni rapat dengan semua family Papa. Apabila dia dapat berita kematian arwah ayah, walaupun dapat tahu sudah hampir hari ke-40, dia bergegas jugak nak datang ke sini. Nak sama-sama dalam majlis tahlil arwah ayah nanti. Last kami berjumpa ngan Uncle Odin ialah masa majlis perkahwinan Papa ngan Mommy dulu (Tahun 1998). Masa tu Uncle Odin datang rewang, tolong basuh periuk belanga. (Psst...terima kasih yek Uncle Odin).

Petangnyer kami sama-sama berbuka poser di rumah. Mommy masak mee goreng. Pastu masak nasi putih dan 2 jenis lauk. Pastu ada jugak bubur lambuk dari masjid. Sedikit kuih dan bubur kacang yang kami beli di bazar ramadhan semasa pulang dari kerja. Eja dan Abang sudah semakin mesra dengan Uncle Odin. Diaorang bersembahyang Maghrib berjamaah dan bertarawikh juga bersama-sama. Esok selepas Abang dan Eja ke kelas kumon, mungkin selepas Zohor kami semua akan bertolak ke BP untuk menghadiri majlis Tahlil Arwah Ayah yang ke-40 hari yang akan diadakan selepas Asar hingga masuk waktu berbuka puasa.

Post a Comment

0 Comments