World Shoot Bali - IPSC General Assembly 2008

Pagi-pagi kitaorang dah standby di booth pameran sempena persidangan IPSC 2008 bertempat di Kartika Plaza Hotel, Kuta, Bali. Persidangan ini bagi menentukan negara-negara yang bakal dipilih sebagai tuan rumah untuk Kejohanan Menembak Dunia pada tahun-tahun hadapan. Johor juga telah berjaya dipilih menjadi tuan rumah untuk kejohanan pada tahun 2010. Ni kira misi kitaorang telah berjaya lah ni...alhamdulillah. Negeri Johor telah diwakili oleh Y.M. Teuku Jalil. Sementara persidangan ini berlangsung yang mengambil masa sehari suntuk, kitaorang bersedia di booth bagi mempromosikan negeri Johor dan sebagai persediaan untuk delegasi-delegasi dunia yang bakal ke Johor nanti.

Post a Comment

0 Comments