Menghantar Abang Anteng Ke UTM KL

Abang Anteng dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (UTM KL) dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Kami bertiga ke Kuala Lumpur untuk menghantar abang Anteng mendaftar. Mommy tak ikut sebab kurang sihat. Kami bertolak dari JB selepas Isyak lebih kurang pukul 9.30 malam.





Sampai di KL lebih kurang pukul 1 pagi, terus check-in di The Regency Scholar's Inn yang terletak di dalam kampus UTM KL. Hotelnya boleh tahan juga, harga untuk Superior Double lebih kurang dalam RM 210.00 satu malam. Papa buat tempahan menggunakan Agoda dan dapat harga lebih murah sedikit iaitu lebih kurang RM 147.00




Selepas selesai urusan check-in, kami keluar semula mencari makan malam a.k.a sahur sekali lah. Kedai makan yang paling berdekatan adalah kat area Kg Baru. Makan pun yang simple-simple je sebab mata dah tak larat mengantuk. Menu, nasi goreng kampung telur mata dan teh tarik untuk Papa dan Abang Anteng manakala Eyja makan nasi goreng cina telur mata dan air teh ais.


Post a Comment

0 Comments