Iftar di Johnny's Restaurant, Aeon Tebrau

Petang ni beriftar di Johnny's Restaurant, Aeon Tebrau City atas permintaan my baby yang buchuk masham tu. Puasa-puasa memang seronok sket kalau makan steamboat daripada makan yang berat-berat seperti nasi dan sebagainya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Sekejap panas sekejap hujan.



Walaupun datang awal untuk membuat tempahan, namun amat mengecewakan sebab tempahan dah 'fully booked'. Terpaksa masuk dalam senarai menunggu iaitu selepas kumpulan pertama selesai berbuka puasa dan selesai makan.

Sudahnya kami berbuka di dalam kereta sahaja dengan makan roti dan air sementara nak tunggu giliran. Selesai solat Maghrib baru giliran kami sampai. Kalau nak diikutkan memang kurang gemar berbuka di luar, tapi demi anak-anak kami ikutkan sahaja, tak sampai hati nak hampakan mereka. Lagipun kata orang sambil 'spend quality time with them', kaedahnya lah...huhuhu!

Post a Comment

0 Comments