Kehebatan Kopi Badang

Ramai customer tanya aku apa kehebatan dan kelebihan Kopi Badang ni? Frankly speaking, aku sendiri masih belajar tentang kehebatan dan kelebihannya.



Biasanya jawapan yang aku berikan ialah kopi ni memang teramat sedap. Orang biasa macam aku yang suka minum kopi ni benda utama yang aku cari dalam kopi mestilah kopi yang sedap rasanya. Iyalah, kalau kopinya tak sedap takkan lah nak minum lagi. Memang sekali je minum pastu pow ke tanah la jawabnya. Aku suka yang tak terlalu pahit, tak terlalu manis, tak berketul-ketul dan tak banyak tahi kopi (kalau orang Jawa cakap kopi gobress). Pastu kopi yang lemak dan kalau minum tu kau macam seolah-seolah berada di awang-awangan. Macam tengah berada di kawasan yang sungguh indah, nyaman, tenang dan mengasyikkan. Jenis yang membuatkan kita teringat-ingat akan kesedapan dan kenikmatan semasa menghirupnya. Rasa rindu nak minum lagi. Semua benda-benda yang aku sebutkan tadi tu memang akan kau alami dengan Kopi Badang ni.

Tapi yang paling ketara dari pengalaman aku sendiri lah dengan Kopi Badang ni, kalau jenis yang suka buat kerja sampai larut malam, jenis yang memandu dalam perjalanan jauh, bila pekena je Kopi Badang ni, mata memang tahan mengantuk, sampai esok pagi tak tidur pun masih steady je. Bukan tu saja, aku perasan sejak aku minum Kopi Badang ni, idea aku selalu macam melimpah-ruah kalau nak menulis dan bercerita. Almaklum, kerja sebagai Blogger ni, idea nak kena banyak beb. Kalau takde idea jawabnya cerita yang kau tulis tu akan terputus di tengah jalan, hampeh...

Aku memang syorkan sangat-sangat lah kepada student-student yang banyak assignment nak kena siapkan yang terpaksa bersengkang mata sampai larut malam untuk dapatkan Kopi Badang ni sebagai booster. Memang korang akan rasa perbezaannya dengan atau tanpa Kopi Badang. Kepada para pemandu bas, teksi, penunggang motorsikal ke atau pak guard apatah lagi, memang Kopi Badang ni terbaiklah buat korang. Mata pun tak mengantuk, badan pun tak letih, tak lesu, tak longlai. Korang pun dapat laksanakan tanggungjawab korang tu dengan sebaiknya.

Pengalaman terbaru aku malam ni sebenarnya yang aku nak kongsikan, tadi badan aku dah rasa lain macam dan hidung pun dah rasa nak tersumbat sebab semalam seharian suntuk aku berhujan berpanas sampai ke tengah malam. Aku teguk lah secawan Kopi Badang. Dalam masa tak sampai sejam aku dah dapat rasakan badan aku dah mulai kembali cergas, kalau tak melepek je sebab macam nak demam. Nak update blog pun rasa tak bermaya. Idea pun kelaut. Tapi lepas pekena secawan tu, dah rasa kebah pastu dah semakin bersemangat plak nak menulis. Idea pun mencurah-curah plak seumpama air hujan yang mencurah membasahi bumi. Cewahhh, macam lirik lagu arwah Sudirman plak tetiba. Lepas sejam aku pekena lagi secawan Kopi Badang, apa lagi...makin bertambah-tambah lah semangat untuk menulis tu datang. Alhamdulillah, rasanya badan aku dah ok ni, selsema pun macam dah taknak dekat ngan aku lagi.

So, kalau korang tanya apa kehebatan Kopi Badang ni, haa ni lah pengalaman diri sendiri yang aku share ngan korang ni. Memang lepas korang pekena je Kopi Badang, otak korang memang akan cerdas lah. Kababoommm wa cakap lu!! Apa lagi, cepat ambik handphone korang, takyah susah-susah call, whatsapp je senang sebab credit korang pun tak abis. Save nombor ni dalam handphone korang : 

019 - 761 0010

Post a Comment

3 Comments