Kek Kukus Buah Bersama Kopi Badang




Walaupun dalam hujan lebat di Bandaraya Johor Bahru namun tidak mematahkan semangat untuk menghantar pesanan Kopi Badang daripada En Hashim dan isterinya Puan Hamimah yang berkobar-kobar untuk merasai keenakan Kopi Badang. Permintaan pelanggan jangan sesekali kita abaikan. Insya Allah, berkat kesungguhan kita dalam memenuhi kehendak pelanggan akan dibalas dengan rasa kepuasan terhadap diri kita sendiri.


En Hashim dan Puan Hamimah merupakan usahawan kek kukus buah. Dengan menggunakan kaedah urusniaga 'Barter Trade' secara tidak langsung dapat membantu usahawan-usahawan warga emas seperti En Hashim dan Puan Hamimah dalam memperkembangkan perniagaan mereka.

Kepada mereka-mereka yang berminat untuk membantu En Hashim dan Puan Hamimah, boleh lah membuat pesanan kek kukus buah sebagaimana berikut :-

*KEK KUKUS BUAH*
Berat sebuku l/kurang 700 gm.
Harga rm30.00 (tidak termasuk harga Poslaju)
Pesanan dibuka dari sekarang.
Berminat PM Hashim 017 7461103.

Marilah kita sama-sama membantu usahawan-usahawan warga emas seperti En Hashim dan Puan Hamimah dan jangan lupa dapatkan juga Kopi Badang untuk anda jadi seperti Badang yang suka membantu mereka-mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan anda.
Dikuasakan oleh Blogger.