Kolej Siswa Jaya UTM Kuala Lumpur

Haa...sambung entri pendaftaran Abang Anteng kat UTM KL. Selepas habis sesi pendaftaran, pergi jengah bilik asrama. Nak tengok gak acaner rupa biliknya.


Satu bilik berdua. Room-mate dapat sebilik dengan ex-classmate masa sekolah menengah. Harga bilik RM 8 sehari, memang worth-it la duduk kat tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur nih. Biliknya pun selesa dilengkapi dengan kemudahan katil, tilam, almari pakaian, meja study, bilik air dengan shower dan tandas cangkung. Papa dulu masa duduk asrama pun toilet kena share ramai-ramai satu floor. Siapa lambat memang menunggu lama la jawabnya nak bersiap pergi kuliah.



Setiap bilik disediakan dengan 2 buah katil bujang beserta tilam, seunit kipas syiling, 2 unit almari pakaian, 2 unit meja dan kerusi belajar dan kemudahan plug setiap seorang serta bakul sampah.




 Bagi kemudahan mandi, bilik air dengan 2 pintu secara berasingan iaitu 1 unit bilik mandi dengan pancuran, 1 unit tandas cangkung dan kemudahan sinki juga disediakan.

Setiap bilik air adalah secara berkongsi antara 2 unit bilik yang bersebelahan. Bermaksud, setiap bilik air adalah untuk 4 orang penghuni asrama.






Kawasan persekitaran asrama juga kelihatan bersih dan tenang.







KAPASITI PENEMPATAN.
BLOK  A (SISWI ) – 1000 ORANG
BLOK B (SISWA/SISWI) – 1000 ORANG
BLOK C (SISWA) – 1000 ORANG

Tel : 03-26154131 / Faks : 03-26152789 shahnizam.kl@utm.my

Post a Comment

4 Comments

  1. aslmkm, yuran ksj masih rm8 sehari ke? dan utm kl ni cam uni lain ke, lepas 1 sem kena keluar sewa rumah sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuran KSJ satu semester RM 1,200. Bukan sem 1 tapi sem 3 ke atas untuk bagi peluang kepada siswa siswi baru. Tapi kalau aktif dalam kegiatan, still boleh duduk di KSJ. Apa-apa pun bergantung kepada management KSJ

      Delete
    2. Salam nk tnya..
      Dalam bilik tu ada tandas ke?
      Atau kat luar bilik

      Delete
    3. 2 bilik share 1 tandas 1 bilik mandi.

      Delete