Sentuhan Kasih Ramadhan Bersama Kopi Badang


Dalam misi membantu  golongan asnaf dan anak yatim menyambut Syawal tidak lama lagi,  Kopi Badang telah bekerjasama dengan PWID Design&Build, Arte Grande dan produksi RTM bagi menjayakan program Sentuhan Kasih Ramadhan bagi episod Konvoi Amal Meniti Raya. 




Acara kemuncak bagi program dimana Kopi Badang sebagai penaja utamanya adalah majlis iftar bersama anak yatim dan Asnaf di Ruang Event Space, Shah Alam pada 10 Jun 2017.

Majlis berbuka puasa ini akan disertai oleh barisan duta-duta kecil artis Kopi Badang yang menyokong program amal ini seperti Ronnie Hussien, Maya Matahari, Zur Eda dan Nizam Laxmana dengan iringan gitar akustik oleh Along Exist.

Program ini akan dirakam dan ditayangkan di saluran RTM pada Khamis jam 8.30 malam dan siaran ulangan pada hari Jumaat jam 5.30pagi. 

Jangan lupa untuk menonton program Sentuhan Kasih Ramadhan setiap Khamis jam 8.30 malam!

#kopibadang 
#SentuhanKasihRamadhan 
#kelabbloggerbenashaari 
#kbba9

Post a Comment

0 Comments