Rindukan Abah

Tetiba harini terasa rindu kepada arwah abah. Al-fatihah untuk abah. Semoga roh abah senantiasa dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan para solihin. Abah, rindunya dengan gurau senda abah. Walaupun abah seorang yang garang dan tegas tetapi abah adalah sangat penyayang orangnya. Tahun ni telah 9 tahun abah pergi meninggalkan kami. Pergi yang tak akan kembali lagi. Hanya doa dan al-fatihah yang kami kirimkan buat abah agar abah tenang di alam baqa'. 







Abah, damai lah abah di sana. Semoga suatu hari kita akan bertemu lagi di syurga, insya Allah. Aamin Ya Rabbal Aalamiin.
Dikuasakan oleh Blogger.