Bersiar-siar Dengan Big Brother





Tuhari Papa dan Abang Anteng habiskan masa bersama semasa Abang Anteng balik bercuti hari minggu. Abang Anteng yang memandu. Kata Abang Anteng nak bersiar-siar sebab dah lama tak memandu sebab kat kampus tak bawa kenderaan. Papa akurkan saja, bagi chance.

Kami pergi cuci kereta, pergi kompleks membeli-belah, kami pergi bersiar di Bandaraya Johor Bahru, kami pergi menonton dan macam-macam lagi lah yang kami buat bersama-sama.

Masa kami dalam perjalanan nak pulang ke rumah, cuaca dah mendung menandakan akan turun hujan lebat. Sesampai sahaja di rumah, hujan turun tersangatlah lebatnya. Fuhh nasib baik kereta sempat masuk garaj. Kalau tak, membazir je cuci kereta, hahaha!


Post a Comment

0 Comments