Dugaan Di Akhir Ramadhan 2017 Bahagian 2





Selesai urusan cuba memperbaiki 'bumper' kereta tu, kami meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Hari sudah semakin lewat petang dan waktu berbuka puasa pun sudah hampir tiba. Sepanjang perjalanan dari Pontian menuju ke Batu Pahat tu agak sukar menemui gerai makanan di kala hari terakhir Ramadhan. Para peniaga ramai yang telah tutup kedai awal kerana ingin membuat persiapan hari raya dan mungkin ramai juga yang ke masjid untuk bertakbir.

Sepanjang perjalanan tu tercari-cari jugalah gerai makan yang masih buka. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di Pekan Benut. Kami ternampak gerai makan. Nama gerai Rasa Ria. Kalau tak salah Papa, gerai ini merupakan gerai francais dan Papa pernah makan di gerai seumpamanya di Bandar Pontian.

Kami pun tanpa membuang masa terus ke gerai tersebut dan syukurlah kerana masih ada tempat kosong untuk kami. Agak ramai juga pelanggan ketika itu yang ingin berbuka puasa. Rasanya ramai orang luar yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing. Mummy makan mee hoon goreng, Eyja makan 'chicken chop', abang Anteng pula nasi putih ayam goreng manakala untuk Papa, mummy orderkan 'Rasa Ria Fried Rice'. Meriah nasi gorengnya, ada keropok, ada kacang tanah, timun dan juga sambal tumis ikan bilis. Jika ada sesiapa yang melalui pekan Benut atau bandar Pontian, boleh la singgah di Restoran Rasa Ria untuk mencuba makanan di situ. Boleh tahan sedap. Menunya terdiri daripada tempatan dan western pun ada. Setelah selesai berbuka puasa dan solat Maghrib, kami meneruskan perjalanan menuju ke kampung.


Post a Comment

0 Comments