Kopi Badang di Bazaar Karat JB



Hasil usaha Encik Arun berjumpa dengan Aji Din, peniaga gerai minuman di Bazaar JB, dan memperkenalkan kehebatan Kopi Badang kepada beliau, akhirnya Aji Din bersetuju untuk menjual Kopi Badang sebagai salah satu menu jualan minuman di gerainya.

Para pengunjung Bazaar Karat JB boleh singgah di Gerai Aji Din yang terletak bersebelahan dengan CIMB Bank, Jalan Segget, Johor Bahru. Selepas penat berbelanja atau bersiar-siar di Bazaar Karat atau sebelum memulakan 'shopping' atau apabila terasa dahaga atau memang saja-saja datang untuk mencuba Kopi Badang, datang lah ke gerai beliau.

Papa ucapkan syabas dan tahniah kepada En Arun yang telah berjaya berkongsi dengan orang lain akan kehebatan Kopi Badang dan tahniah juga kepada Aji Din kerana telah membuat pilihan yang tepat. Semoga perniagaan Aji Din akan lebih maju lagi selepas ini dengan adanya Kopi Badang sebagai menu wajib.


Post a Comment

0 Comments