Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kopi Badang






Rumah Terbuka Aidilfitri Kopi Badang telah diadakan pada hari Sabtu, 22 Julai 2017 bertempat di Dewan Kencanapuri, Pulai Springs Resort, Johor. Majlis bermula sekitar jam 11.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 5.00 petang. Majlis yang sangat meriah, dihadiri oleh para pelanggan dan peminat Kopi Badang dari seluruh pelusuk negara.

Kehadiran Duta-duta Kopi Badang seperti Zamarul Hisham, Nizam Laksamana, Acong Sweet Child, Maya, Zur Eda, Zamani, Ronnie Hussein dan Adam Corrie lebih menggamatkan dan menghangatkan lagi suasana Majlis Rumah Terbuka Kopi Badang. Persembahan nyanyian lagu-lagu Hari Raya duta-duta tersebut lebih menjadikan Rumah Terbuka tersebut bertambah meriah.


Kopi Badang telah mengambil langkah bijak dengan menjadi penaja utama rancangan Super Spontan terbitan Astro. Majlis menandatangani perjanjian penajaan telah dilaksanakan ketika Majlis Rumah Terbuka tersebut berlangsung. 

Selain daripada itu, banyak lagi aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak syarikat bagi memperhebatkan lagi penjualan dan memperkenalkan Kopi Badang di Malaysia, Indonesia, Filipina, China dan di lain-lain negara.

Post a Comment

0 Comments