Cosmoderm - I LOVE MY SKIN


Cosmoderm telah mengeluarkan set 'travel pack' kepada mereka yang gemar melancong. Pek mudah bawa ini memang sangat berguna dan menyenangkan para pengguna. Pada 18 hingga 20 Ogos yang lalu, Cosmoderm telah menaja Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah diadakan di Legend Resort Cherating. Kami telah diberi peluang menggunakan set lengkap Cosmoderm ini.

Sepanjang program hari keluarga tersebut, kami sudah pasti terdedah kepada panas terik matahari di tepi pantai. Penjagaan kulit dan badan adalah amat perlu bagi mengekalkan kesihatan. Dengan adanya set penjagaan kulit dan badan Cosmoderm ini kerisauan akan masalah tersebut tidak timbul. Aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.

Berikut merupakan kebaikan dan kelebihan produk-produk penjagaan yang telah dibekalkan oleh Cosmoderm kepada kami :-

Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel





Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel merupakan gel mandian yang mengandungi minyak T3 yang dapat melembapkan badan yang kekeringan dan mengekalkan kesegaran. Gel mandian ini juga dapat mencegah jerawat dan bau badan.






Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion
Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion. Losyen badan yang sangat ajaib ini dengan pelbagai fungsi kegunaan adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya diperkaya dengan aloe vera, vitamin B5 dan E, minyak biji bunga matahari, Chamomile Extract, Witch Hazel dan minyak tea tree dapat mengekalkan kelembapan dan untuk perlindungan badan. Ia juga bertindak sebagai deodoran yang dapat mencegah bau yang kurang enak apabila kita berpeluh. Dapat menghindari jerawat badan dan iritasi kulit. Membantu meredakan selar matahari tanpa pengelupasan, mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan kuman serta bertindak sebagai penghalau nyamuk, serangga dan pepijat. Selepas mandi dengan Cosmoderm TTO Shower Gel, sapukan Magic Body Lotion ini ke seluruh badan agar kelembapan kulit terus dikekalkan dengan keharuman sepanjang hari.

Cosmoderm BB Cream SPF35PA+++





Cosmoderm BB Cream adalah dirumus menggunakan minyak tea tree, jojoba, kulit kayu manis dan glutathione yang dapat membantu merawat cela dan jerawat. Ianya digunakan sebagai asas mekap. Kandungan SPF35PA+++ bertindak sebagai perlindungan yang berpanjangan terhadap sinar UVA dan UVB.




Cosmoderm Vitamin E Cream 3,000 I.U





Cosmoderm Vitamin E Cream 3,000 I.U yang bertindak sebagai pelembap intensif dan merawat kulit dan berfungsi sebagai anti penuaan dan memulihkan parut pada wajah. Diperkaya dengan anti-oksidan dapat memperbaharui, melindungi dan menyihatkan kulit. Bahan utamanya adalah Vitamin E Oil dan Roship Oil. Dapat mengurangkan garis-garis halus, kedutan, parut akibat jerawat, kemalangan dan pembedahan dan memulihkan kulit kusam, tidak bermaya, kulit kering dan rosak.




Cosmoderm Advanced Moisture Therapy Cream





Cosmoderm Advanced Moisture Therapy Cream dapat merawat dan mencegah tangan kering dan tumit merekah. Mengandungi Vitamin E, Tea Tree Oil dan Herbal Extract. Memulihkan kulit yang merekah dengan pantas, meredakan kepedihan akibat rekahan di samping melembap dan melembutkan kulit.










Sila layari :-


Atau dapatkan di farmasi-farmasi terpilih berdekatan dengan anda.




Post a Comment

2 Comments

  1. Paling suka BB Cream dia..!! Terbaik AAA
    Lagi suka TTO facial cleanser dia, Deep Heat Lotion, Vitamin E 3000 cream.. eh! Banyak laa
    Overall produk cosmoderm semuanya memang bagus.
    Yakin dengan Cosmoderm

    ReplyDelete
  2. This is my first visit to your web journal! We are a group of volunteers and new activities in the same specialty. Website gave us helpful data to work. singapore snowskin mooncake

    ReplyDelete