Mencari Juadah Sarapan Pagi Di Gerai Mak Teh





Pagi-pagi hari seawal pukul 6.00 selepas hantar Mummy pergi kerja, Papa singgah ke kedai Mak Teh yang beralamat di Nongchik Height, Jalan Kolam Air, Johor Bahru untuk membeli sarapan. Eyja di rumah sahaja. Gerai Mak Teh ni seawal pukul 6 pagi telah tersedia dengan pelbagai juadah sarapan pagi. Bermacam pilihan terdapat di sini. Antaranya ialah soto, laksa Johor, makaroni, nasi, bihun dan mi goreng, roti canai, pulut kuning pun ada juga selain daripada kuih-muih pelbagai rasa seperti karipap, keria, sardin roll, ketayap, donat, bingka, lopis dan bermacam-macam lagi. Semuanya sedap-sedap belaka. Pendek kata, nak makan apa sahaja menu orang Melayu ada di sini.

Post a Comment

0 Comments