Selamat Hari Lahir Papa


Alhamdulillah, hari ini sudah bertambah lagi setahun usia Papa. Seawal pukul 12.00 tengah malam sudah ada yang menghantar ucapan "Happy Birthday" melalui whatsappfacebook dan sebagainya. Ianya berlarutan sepanjang hari. Ucapan dari wife dan anak-anak, adik-beradik dan rakan-rakan.




Sampai di pejabat, terima pula kejutan dari rakan-rakan sekerja, Naza, Kak Zah, Nurul, Nana dan Mardhiah. Mereka buat penghantaran istimewa 'Mix Chocolate Bouquet'. Ada Mars, Toblerone, Kit Kat, Kinder Bueno, Hershey's dan sebagainya. Mereka ni macam tahu-tahu sahaja Papa suka coklat.

Papa ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga di atas semua ucapan dan tanda ingatan dari anda semua. Papa sangat-sangat terharu dan menghargai dengan sepenuh hati Papa. Thank you so much guys!! Ianya sangat-sangat berharga bagi diri Papa.

Post a Comment

0 Comments