The Legend Resort Cherating - Destinasi Pilihan Keluarga


The Legend Resort Cherating, Pahang merupakan destinasi pilihan utama Kelab Blogger Ben Ashaari kali ini untuk mengadakan Hari Keluarga KBBA9. Tarikh yang telah dicadangkan adalah pada 18-20 Ogos 2017. Seramai 30 orang Blogger dari seluruh pelusuk tanahair telah melibatkan diri di dalam program tersebut. Mereka datang bersama ahli keluarga masing-masing. Ada di antara mereka yang datang dari Lembah Klang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Nilai, Kuala Terengganu, Kota Bharu bahkan ada juga yang datang dari Johor Bahru. Mereka menaiki kenderaan masing-masing.




Ketibaan kami seawal jam 2.00 petang disambut mesra oleh kakitangan The Legend Resort Cherating yang diketuai oleh Encik Meor Amran, selaku Pengarah Jualan (Director of Sales). Setelah urusan check-in selesai, kami dijamu dengan makanan yang menyelerakan dan enak.




Ruang legar penyambut tetamu agak luas dan selesa kepada ahli-ahli keluarga yang menunggu untuk urusan pendaftaran masuk. Di samping itu kami dapat bersuai-kenal antara ahli-ahli keluarga Blogger yang lain dan keadaan tidak menjadi begitu sesak.






























Sebanyak 205 buah bilik yang terdapat di sini mengikut kepada bajet dan keperluan tetamu yang ingin menginap. Ada bilik Superior, Deluxe, Grand Deluxe, Junior Suite, Cherating Suite dan juga Penthouse. Selain itu terdapat juga kemudahan-kemudahan riadah seperti, 2 buah kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis, squash, sauna, meja pingpong, snuker dan pelbagai lagi 'indoor games' yang lain.

Pihak The Legend Resort telah menyediakan beberapa aktiviti untuk kami. Program selama 3 hari 2 malam dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, antaranya melihat dan merasai sendiri pengalaman bersama kelip-kelip 'Firefly Tour' di Sungai Cherating bersama Hafiz's Cherating Activities, sukaneka, demo scuba oleh Muck Dive Scuba, melawat kilang membuat keropok lekor, pusat santuari penyu, menyusuri paya bakau, melihat matahari terbit dan terbenam, makan malam bertemakan dunia lanun, 'sea rafting', melepaskan anak penyu ke laut dan banyak lagi. Kami sangat teruja dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusunatur sehingga kami tidak sedar bahawa 3 hari 2 malam tersebut begitu pantas berlalu.





Untuk maklumat lanjut mengenai The Legend Cherating Resort ini, anda boleh layari :-


Contact Person : Encik Meor Amran (013-3319822)

The Legend Resort Cherating
Lot 1290, Cherating
26080 Kuantan
Pahang Darul Ma'mur

Post a Comment

2 Comments

  1. The Legend Cherating memang best! Paling suka pantai nya yang bersih dan saat matahari terbit. Cantiknya...!!

    ReplyDelete