StraightPro - Rambut Kusut? Sapu Je Terus Lurus


Adakah anda biasa menghadapi rambut kusut dan susah sikat? Atau sudah bosan dengan rambut kriting dan berketak-ketak atau bergelombang? Terpaksa berhabis duit untuk ke salon bagi membuat 'rebonding' dan bagi mendapatkan rambut yang lurus dan mudah disikat? Jika 'YA', sebenarnya anda tidak perlu melakukan itu semua dengan bersusah-payah. Mari aku kongsikan...

STRAIGHTPRO adalah jalan penyelesaian terhadap masalah yang anda hadapi. Ianya mudah digunakan dan harganya juga adalah murah. Tidak perlu bersusah-susah untuk ke salon. Cukup buat sendiri di rumah. Tidak perlu bantuan orang lain pun. Hanya menggunakan tangan sendiri sahaja.


APA BENDA STRAIGHTPRO TU?





StraightPro merupakan produk pelurus rambut yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya adalah HALAL. Diformulasikan mengikut standard dan teknologi negara Jerman dan bahan-bahannya selamat digunakan. Tidak mempunyai kesan sampingan yang membahayakan. Hanya mengambil masa 30 - 45 minit sahaja untuk menggunakan produk StraightPro ini.


Bahan-bahan Utama StraightPro

StraightPro Straightening Cream (Step 1)

StraightPro Straightening Cream 120g (KKM : NOT170904031K)

Sapukan dengan rata SSC pada rambut anda. Jarakkan sedikit dari kulit kepala, lebih kurang dalam 1cm. Kemudian biarkan selama 15 - 30 minit mengikut ketebalan rambut anda. Jika lebih tebal boleh dibiarkan lama sedikit. Setelah itu, cuci dan bilas lah rambut anda menggunakan air bersih. Gunakan sarung tangan agar tangan tidak melekit.


StraightPro Neutralizer (Step 2)

StraightPro Neutralizer 120g (KKM : NOT170903465K)

Setelah dibilas, gunakan SN dan ratakan ke seluruh rambut anda. Biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dan keringkan.



StraightPro Sleek & Shine Serum (Step 3)

StraightPro Sleek & Shine Serum 30ml (KKM : NOT170903466K)
Untuk langkah terakhir, sapukan SSS bagi mendapatkan rambut yang kekal sihat, lurus dan lembut. Gunakan serum ini dengan kerap bagi menjaga dan memelihara rambut anda.



Tutorial Lengkap





TESTIMONI

Berikut adalah beberapa gambar testimoni dari mereka yang telah menggunakan StraightPro :





SOALAN-SOALAN LAZIM


Soalan 1 : Adakah StraightPro boleh digunakan setiap hari?
Jawapan : Tidak. Gunakan tidak lebih 1 kali setiap 1 minggu


Soalan 2 : Berapa lama rambut akan tahan lurus?
Jawapan : 3 hingga 6 bulan bergantung kepada penjagaan pengguna. Elakkan dari mengikat rambut dengan ketat dan selalu bertopi. Kerap sapukan Sleek & Shine Serum. Digalakkan juga iron rambut setiap seminggu.

Soalan 3 : Rambut akan lurus kekal atau tidak?
Jawapan : Rambut kriting adalah faktor genetik. Rambut baru akan tumbuh mengikut rambut asal. Gunakan StraightPro apabila rambut baru tersebut mulai panjang.

Soalan 4 : Adakah produk ini akan menyebabkan rambut menjadi perang?
Jawapan : Tidak. Tiada pewarna yang dicampurkan di dalam StraightPro.

Soalan 5 : Adakah ibu-ibu mengandung boleh menggunakan produk ini?
Jawapan : Ibu mengandung adalah tidak digalakkan kerana ditakuti akan mengalami alahan.

Soalan 6 : Adakah rambut kering boleh lurus?
Jawapan : StraightPro memang dirumuskan untuk melurus dan melembutkan rambut bagi mereka yang mempunyai rambut kering. Sapukan Sleek & Shine Serum dengan kerap untuk memastikan rambut sentiasa lembut, berkilat dan sihat.

Soalan 7 : Adakah rambut akan rosak jika menggunakan produk ini?
Jawapan : Rambut tidak akan rosak jika digunakan dengan cara yang betul dan mengikut arahan. Elakkan meluruskan dan mewarnakan rambut dalam tempoh seminggu selepas panggunaan StraightPro. Sentiasa sapukan Sleek & Shine Serum agar rambut akan senantiasa lembut, sihat dan berkilat.







Untuk maklumat lanjut mengenai StraightPro


Post a Comment

8 Comments

  1. mujur la rambut saya jenis senang nak urus.

    hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk rambut lurus boleh gunakan StraightPro Sleek & Shine Serum secara kerap untuk menjadikan rambut sentiasa sihat, lembut dan berkilat

      Delete
  2. Menarik jugak StraightPro ni, boleh luruskan rambut dengan mudah.

    ReplyDelete
  3. siapa taknak rambut lurus..mesti nak

    ReplyDelete
  4. best la StraightPro ni..tak yah susah2 pergi salun..

    ReplyDelete