MELANTAK SEBELUM PUASA SEBULAN



Esok dah nak poser !!! Bebudak opis dan merancang nak buat 'potluck' semenjak dari minggu lepas lagi bersempena nak sambut Ramadhan yang akan menjelang mulai esok katanyer. Memasing dah berkira-kira nak bawak menu apa. Ada yang bercadang nak bawa karipap lah, mi goreng lah, nasi lemak lah, puding lah dan bermacam-macam lagi.

Akhirnya, hari yang dinantikan pun tiba.  Macam biasa lah, meja bapak ngko jugaklah yang jadi mangsa. Bapak ngko sampai sekarang tak paham kenapa dalam banyak-banyak meja, meja bapak ngko gak yang menjadi peberet diaorang letak makanan. Tau lah bapak ngko ni jenis kuat makan. Takyah nak perli sangat lah yek!



Sejak dari pagi lagi memasing datang membawa sekurang-kurangnya satu menu. Namun ramai juga yang membawa lebih dari dua menu. Tapi yang tak bawak langsung pun ada juga. Bawak perut dan molot sahaja, kih kih kih!! Tapi tak kisah sangat pun sebab bukannya diwajibkan. Terpulang kepada diri sendiri sama ada nak bawak atau tidak. Tu yang bestnya perangai staff kat opis bapak ngko nih! Bab makanan memang masing-masing tak berkira. Ada rezeki share sesama. Cuma kalau rasa tak tau malu tu, takyah la bawak. Hahaha!!!


Haa apa lagi. Makanan dah tersedia kat atas meja. Jom kita makan !!! Hari ni seharian asyik makan je. Buat kerja sket pastu makan, buat kerja sket pastu makan lagi. Pasni sebulan lah takyah makan yek!

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.