SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - IKHLAS DARI PAPA AMYZAL



Assalamualaikum, salam 1 Syawal buat keluarga, sanak saudara dan rakan taulan tidak kira di mana jua anda berada. Didoakan semoga semuanya berada di dalam kesihatan yang afiat dan bergembira menyambut kedatangan bulan Syawal yang penuh berokah bersama dengan keluarga tercinta.

Berhati-hati ketika dalam perjalanan menuju ke mana-mana destinasi sepanjang perayaan ini. Bagi yang tidak dapat pulang beraya bersama keluarga, semoga kalian turut merasa kegembiraan walau terpaksa berjauhan dari mereka. Tidak lupa juga yang bertugas ketika musim perayaan, jasa dan pengorbanan anda amatlah dihargai.

Akhir kalam, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andaikata ada melakukan kekhilafan sama ada secara sengaja mahupun tanpa disedari. Mungkin pernah ada yang terguris perasaan dan menyimpan perasaan amarah tanpa saya ketahui. Semoga kalian sudi memberikan kemaafan dengan penuh keikhlasan di hati sanubari. Semoga di hari yang baik dan mulia ini kita sama-sama beroleh kebahagiaan dan ketenangan.


SELAMAT HARI LEBARAN. MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN




-Ikhlas daripada -

PAPA AMYZAL

4 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Padin, maaf zahir batin

      Padam
  2. Assalammualaikum wbt.
    masih tak terlambat lagi kan nk wish..hehe
    SELAMAT HARI RAYA, PakYa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin Yaya

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.