SAKITNYA TAK SEBERAPA MENGADANYA JEK LEBEYYHH !!!



Masuk hari ni dah seminggu aku kena demam, batuk dan selsema. Ini semua kes last week start dari kena basuh satu rumah pastu plak berhujan banyak kali. Aku ni memang jarang-jarang sangat nak sakit. Tapi kalau dah jatuh sakit tu biasanya memang mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Kebiasaannya juga memang agak tak bermaya jugak lah. Mood pun selalunya kelaut.


Setakat sakit-sakit biasa macam nak selsema tapi tak jadi tu dah menjadi lumrah sepanjang tahun. Agaknya anti-body masih kuat kut. Hari ni terasa nak selsema pastu esok baik, haa macam tu. Aku pun selalu memang tak akan makan apa-apa ubat. Bukan kekwat ke hapa tapi memang dari kecil perangai aku memang tak suka sangat mengamalkan asal sakit makan ubat. Sebab taknak sistem imunisasi badan dah jadi lali kepada ubat. Konon-kononnya lah...





Haa korang tengoklah, teruk sangat melepek sampai macam tu sepanjang seminggu ni dari last week. Tapi hari ni rasanya dah ok sket. Demam macam dah kebah, hanya tinggal hidung tersumbat dan batuk-batuk manja gitu.


Kali ni saja yang aku rasakan aku sakit agak lama sedikit daripada kebiasaan. Mana taknya, selalu satu dua hari je dah baik. Ini kali dah masuk hari kelapan baru nak okay sket badan. Tak tau lah sama ada kedegilan aku taknak makan ubat ataupun usia yang dah semakin muda dari hari ke sehari. Bwahahahaha!!!


Oklah guys, tu je saja-saja nak bercerita kat korang. Ntah apa hangin gaknya tetiba nak up story fasal diri sendiri plak harini. Harap korang tak boring plak baca. Ngeh! Ngeh!! Ngehh!!! Adioss amigos!!!

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. sekarang dah sembuh kan hihiii.. semoga sentiasa sihat PakYa. Salam ukhwah selalu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Sihat dah PakKhir. Terima kasih atas doanya

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.