SPARK FOUNDATION - KITA DI AMBANG KEHILANGAN BEKALAN AIR BERSIH



Apakah yang kita rasa sekiranya bekalan air bersih ke rumah kita tiba-tiba terputus. Pabila buka paip tetapi tidak ada air yang keluar. Kebetulan masa tu kita amat-amat memerlukan air untuk menyucikan diri selepas berhadas. Sekarang cuba bayangkan jika kita ke mana-mana dan begitu sukar untuk memperolehi air bersih. Sudah tentulah pelbagai perasaan bercampur-baur yang timbul di kala itu kan. Sedangkan jika bekalan air di rumah kita terputus selama satu hari sahaja pun kita dah menggelabah tak tentu arah. Apatah lagi jika di rumah kita tiada menyimpan air bersih semasa bekalan air yang disalurkan itu terputus. Setiap orang pastinya pernah mengalami situasi sebegini seumur hidup mereka.

Cuba bayangkan jika perkara ini berlaku untuk tempoh masa yang panjang di masa akan datang. Sudah tentu perkara sebegini kita tidak mahu ianya terjadi kepada kita kan. Tetapi adakah kita mengambil berat terhadap isu ini atau adakah kita mengambil sikap acuh tidak acuh sahaja. Adakah kita sedar bahawa jika perkara ini tidak diambil tindakan sewajarnya, masalah kekurangan air bersih akan dapat diatasi secara sendiri. Tahukah kita bahawa dari manakah sumber air minuman kita seharian. Sikap sesetengah daripada kita yang tidak pandai menjaga kebersihan sungai juga menyumbangkan kepada pemasalahan kekurangan sumber air negara selain daripada pembaziran air bersih yang dilakukan setiap hari.





Atas kesedaran ini lah, Yayasan SPARK (Spark Foudation) telah melaburkan lebih RM 8 juta untuk Fasa 1 dan Fasa 2 Projek W.A.T.E.R semenjak 10 tahun lalu. Projek ini merupakan kerjasama antara Yayasan Spark dan Global Enviroment Centre (GEC) yang merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan sungai dan air menerusi program-program komuniti. Yayasan SPARK menjadikan dua sungai di Selangor iaitu Sungei Way dan Sungai Penchala, manakala sebanyak tiga sungai di Perak iaitu Sungai Senam, Sungai Buntong dan Sungai Kledang sebagai 'sungai angkat' semenjak tahun 2017. Usahasama ini telah membuahkan hasil terhadap peningkatan kualiti air di sungai-sungai yang terlibat, peningkatan terhadap kesedaran kepentingan pemeliharaan sungai dan dapat mengubah tanggapan masyarakat yang tinggal di sepanjang sungai berkenaan.


RM 2.5 JUTA UNTUK MENERAJUI AGENDA PERLINDUNGAN SUMBER AIR

Yayasan SPARK memperuntukan sebanyak RM 2.5 juta bagi memulakan Fasa 3 Projek W.A.T.E.R dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan GEC untuk membina tangki sistem tadahan air hujan di Blok 1, Desa Mentari, Petaling Jaya, berhampiran dengan Sungai Penchala. Sistem ini dijangka mampu menadah kira-kira 1 juta liter air hujan setahun yang dapat memberikan manfaat lebih kepada 1,800 penghuni bagi kegunaan umum seperti pembersihan, perkebunan dan pengairan. Sumbangan RM 2.5 juta Yayasan SPARK ini adalah untuk tempoh 3 tahun akan datang di bawah Projek W.A.T.E.R (Working Actively Through Education and Rehabilitation).






Majlis Perasmian Agenda Perlindungan Sumber Air (Water Stewardship Agenda 2018 - 2020) telah diadakan pada hari Sabtu, 21 Julai 2018 bertempat di Pusat Informasi Sungai Penchala, Jalan PJS 5/3, Taman Desaria, 46150 Petaling Jaya yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Johary Bin Anuar, Timbalan Datuk Bandar MBPJ pada pukul 10.30 pagi. Turut hadir ialah Pemegang Amanah Yayasan SPARK iaitu Puan Renuka Indrarajah serta Dr K. Kalithasan selaku Koordinator Penjagaan Sungai, GEC.

Dalam ucapan Puan Renuka Indrarajah ada menyatakan bahawa Water Stewardship atau perlindungan sumber air merupakan tindakan strategik yang diambil bagi memastikan bekalan air diuruskan secara mampan sebagai satu sumber yang dikongsi bersama. Komitmen ke arah perlindungan sumber air bukan sekadar menjadi pengguna bijak malahan kerjasama rapat antara rakan-rakan kerjasama dalam melaksanakan pendekatan dan pendidikan kepada komuniti tempatan juga pelaburan untuk inisiatif-inisiatif strategik yang akan dijalankan di lembangan Sungai Selangor, Sungai Penchala dan Sungei Way dapat memberikan impak yang besar terhadap Water Stewardship tersebut.

Menurut beliau lagi, sehingga ke saat ini, Water Stewardship telah melibatkan 137 komuniti tempatan menerusi pelbagai program pendidikan dan kesedaran seperti Program Jangkauan Orang Ramai River of Life (River of Life Public Outreach Programme),  Program TTT (Train the Trainers) dan juga Unit Penjagaan Sungai Bergerak yang telah berjaya mewujudkan 12 komuniti penjagaan sungai yang aktif dan telah melibatkan lebih 30,000 rakyat Malaysia.




Dr K. Kalithasan selaku Koordinator Penjagaan Sungai, GEC menyatakan bahawa Projek W.A.T.E.R berjaya dilaksanakan disebabkan adanya kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan dan komuniti tempatan. Dengan halatuju projek yang telah diperbaharui membolehkan sumber bekalan air alternatif yang mampan dapat diperkenalkan dan dapat meningkatkan kesedaran pemuliharaan air kepada semua lapisan masyarakat.

Katanya lagi, Projek W.A.T.E.R akan melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan di Sungai Selangor bermula tahun 2018. Sungai Selangor merupakan 'sungai angkat yang keenam'. Di masa akan datang, yayasan akan menyumbang ke arah inisiatif strategik seperti sistem tadahan air hujan, teknologi 'water thimble', penanaman di kawasan tanah lembab dan juga program penghutanan semula di Raja Musa.




Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Tuan Johary Bin Anuar dalam ucapannya semasa merasmikan Water Stewardship Agenda 2018-2020 menyatakan bahawa pemuliharaan air merupakan usaha kritikal yang perlu diuruskan secara efektif terutamanya di kawasan bandar yang pesat membangun seperti Petaling Jaya. Beliau menegaskan bahawa melindungi sumber air merupakan tanggungjawab kita bersama dan kerajaan akan sentiasa komited menyokong organisasi-organisasi yang memperkasa komuniti tempatan untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

Tuan Johary menyokong inisiatif yang diambil oleh Yayasan SPARK dan GEC dengan pelbagai pihak berkepentingan yang mampu memberikan impak dan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Usaha sebegini sewajarnya dijadikan contoh terbaik dan semoga organisasi-organisasi lain akan tampil untuk melaksanakan projek-projek alam sekitar yang berhubungkait dengan aktiviti organisasi mereka.







LATARBELAKANG YAYASAN SPARK

Yayasan SPARK telah ditubuhkan pada tahun 2007 untuk menyokong inisiatif-inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam  bidang pemeliharaan dan pendidikan alam sekitar dengan visi untuk membangun bersama komuniti tempatan menerusi program-program pemeliharaan sungai dan air serta mewujudkan peluang pembelajaran untuk generasi masa hadapan menerusi kerjasama-kerjasama strategik yang dijalankan demi masa hadapan yang lebih baik. 

'SPARK a change'


Orang ramai adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai sukarelawan atau rakan kerjasama menerusi laman web :


#betheSPARKnow

8 ulasan:

  1. nak try join csr ni lahh, hehe

    BalasPadam
  2. Bagusla CSR gini...air antara sumber yg sangat penting di abad gini,...

    BalasPadam
  3. Tak boleh bayangkan kalau tak ada bekalan air berpanjangan.

    BalasPadam
  4. Baguslah ada program camni, bagi kesedaran pada kita untuk jaga bekalan air bersih.

    BalasPadam
  5. Organisasi lain pun harus ada program alam sekitar sebegini

    BalasPadam
  6. Cintailah sungai kita.. Hehehe

    BalasPadam