KEZUTAN DI HARI LAHIR BAPAK NGKO



Alhamdulillah, harini dipanjangkan lagi umur setahun. Dapatlah sambut bezday untuk tahun ni. Mudah-mudahan begitu juga di tahun-tahun mendatang.

Saban tahun macam biasa juga lah, mana ada ambil peduli dengan bezday sendiri. Almaklum lah, bukannya di zaman kanak-kanak lagi. Umur pun dah masuk setengah abad. Walaupun kalau nak diikutkan hari ni merupakan hari yang istimewa namun rutin tetap macam biasa juga. Bangun awal pagi, hantar wife untuk pergi kerja, kemudian sediakan sarapan untuk anak di rumah sebelum menghantarnya ke sekolah. Setelah selesai mengemas rumah, bersiap untuk ke tempat kerja.

Part yang paling best adalah, tahun ni rupa-rupanya ada surprise yang menanti di pejabat. Geng-geng opis dah standby dengan makanan ala-ala potluck untuk celebrate bezday aku. Hurmm...terkezut gak lah. Tak sangka, dah tua-tua macam ni pun ada yang masih sudi untuk bagi kezutan. Tanjat gittew. Muahahaha!!!



Bukan setakat ada buat makan-makan, diaorang ada sediakan kek bezday jugak. Hurmm...cheese cake kau! Memang peberet aku makan cheese cake. Ntah berapa banyak aku melahap cheese cake nih. Tu belum lagi dengan menu-menu juadah lain yang diaorang sediakan. Ada spaghetti bolognese, tuna mayo sandwich, kepak ayam goreng, roti sausage dan macam-macam lagi. Pastu ada pulak puding jagung sebagai pencuci mulut. Wahh!!! semuanya peberet aku.









Perghhh!!! Hari ni memang kenyang giler dapat makan macam-macam di pejabat. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi bersusah-payah bangun seawal jam 4 pagi untuk menyediakan juadah yang sedap-sedap ni. Terima kasih juga sebab sudi bagi kezutan dan menyambut hari istimewa aku. Terima kasih banyak-banyak tau! Korang memang sahabat sejati dunia akhirat. Muah ckeddd!!!

5 ulasan:

  1. Happy besday Pak Ya..
    Moga sihat dan bahagia bersama insan tersayang till Jannah..

    BalasPadam
  2. Wahh bestnya dapat kejutan BeSdAy.. Makanan sedap2 tu terliur pulak tengok malam2 ni hahaha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.