STAR POWER - PARADIGM MALL JB's INAUGURAL FASHION GALA


Bersempena dengan Karnival Jualan Mega Malaysia, Paradigm Mall Johor Bahru telah menganjurkan Fashion Week For All  bermula 20 Julai sehingga 29 Julai 2018. Terdapat lebih 20 jenama seperti Parkson, Coco, DeFacto, Max, Carlo Rino, Diamond and Platinum, A Common, Adidas, Nyla, Voir, Focus Point, Eyefont, Puma, Spiffy, Under Armour, Rashid Anas, Hipper, Poonam Collection, Amoeba, RCBPC dan banyak lagi yang turut sama mengambil bahagian sepanjang Fashion Week berlangsung.

Koleksi pakaian, beg tangan, kasut dan sebagainya dengan jenama terkemuka dan fesyen terkini ditawarkan dengan potongan harga yang sungguh menakjubkan. Di samping itu, terdapat juga yang menawarkan hadiah-hadiah berupa baucer tunai ke atas pembelian dan hadiah-hadiah lain yang sukar untuk dilepaskan. Jikalau hendak membeli-belah, ini adalah masa yang amat sesuai untuk berbuat demikian. Di samping dapat berjimat, kita juga boleh penuhkan almari, hehehe...


Promosi dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2018. Paradigm JB menjanjikan kepada para pengunjung dengan tawaran-tawaran menarik dan istimewa. Dengan setiap pembelian RM 100 ke atas di dalam satu atau dua resit terkumpul di kedai-kedai terpilih yang mengambil bahagian, anda layak untuk mendapat Baucer Tunai sebanyak RM 5 hingga RM 20 mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Bersempena dengan Fashion Week ini, Paradigm Mall JB telah menganjurkan Paradigm Mall JB's Inaugural Fashion Gala pada hari Sabtu, 29 Julai 2018 bermula jam 2.30 petang bertempat di Atrium Utama, Aras G, Paradigm Mall Johor Bahru. Acara pertunjukan fesyen yang disertai oleh antaranya Carlo Rino, Max, Parkson, DeFacto, Diamond and Platinum dan juga Coco.







Acara yang penuh gilang-gemilang ini turut dimeriahkan oleh Top Model Amber Chia dan Shazzy Falak. Para pengunjung turut dihiburkan oleh artis-artis terkenal tanahair iaitu Altimet, Ernie Zakri dan juga Wani Kayrie. Tidak ketinggalan persembahan saxaphone yang mantap oleh Keyin selain daripada persembahan oleh DJ Cza dan ODS Dance Studio.


























Post a Comment

0 Comments