RONALD McDONALD HOUSE CHARITIES MALAYSIA - KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC 2018


Sejak 28 tahun lalu, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia telah berjaya membantu lebih 20,000 kanak-kanak di Malaysia dengan menyediakan pelbagai sokongan melibatkan bidang Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.


Tahun ini, RMHC akan meneruskan lagi komitmen membantu kanak-kanak dengan mengadakan Kejohanan Golf Amal untuk meraih dana bagi membina Rumah Ronald McDonald ke-2 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, yang melibatkan kos kira-kira RM4 juta.


Rumah ini dibina bertujuan menyediakan kemudahan penginapan kepada pesakit pediatrik dan ahli keluarga mereka semasa kanak-kanak tersebut  menjalani rawatan di hospital. Dengan adanya rumah ini, ahli keluarga boleh mendapat kemudahan lebih selesa di dalam kawasan hospital; berbanding kini, di mana mereka mungkin terpaksa mengeluarkan belanja hotel yang mahal, menumpang di rumah saudara mara, wad hospital atau lebih sedih lagi di kaki lima bangunan.


Sesi Bersama Media bagi Kejohanan Golf Amal RMHC 2018 telah diadakan pada 4 September 2018 pada pukul 10.30 pagi bertempat di Tropicana Golf & Country Resorts bagi memberikan kefahaman terhadap usaha murni yang telah dilakukan oleh RMHC terhadap masyarakat yang memerlukan.


Semoga masyarakat akan turut sama menggembleng bahu dalam memberikan sokongan dan kerjasama terhadap usaha murni yang dilaksanakan ini.





9 ulasan:

  1. Yanie baru tahu pasal rumah mcdonald

    BalasPadam
  2. Persatuan Kebajikan ini juganya pernah menghulurkan bantuan ketika Penang di landa banjir besar.

    BalasPadam
  3. Baru tau pasal kewujudan rumah Ronald ni, baguslah MCDonald.

    BalasPadam
  4. oo. baru tahu wujud Rumah McD.. Bagus2..

    BalasPadam
  5. Baru tau, kenapa la dia tak war-warkan dari dulu erk..hehee

    BalasPadam
  6. Program yang memang patut diwar-warkan supaya ramai yang mengetahuinya

    BalasPadam
  7. Baru tahu ni. Bagusnya...!!
    Sangat membantu meringankan bebanan mereka yang memerlukan.
    Dengan pendedahan usaha McDonald's ni akan mendorong pihak organisasi lain turut sama menjayakan program ini.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah Mc Donald's ada program mcm ni. Baru tau juga sebenarnya

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.