SIAPA NAK HONDA CITY PERCUMA




Domino’s Pizza & Pepsi Black
Memberi Ganjaran dengan Hadiah Bernilai RM130,000 kepada Pelanggannya
Hadiah Utama Honda City Untuk Direbut



Weyyy...korang taknak ke menang kereta Honda City baru yang bernilai RM 80,000.00, tiga buah Samsung Galaxy S9, 10 unit Logitech G560 Speakers Gaming, 20 unit Samsung Gear VR berserta dengan Alat Kawalan, 50 baucer pizza Domino's bersaiz besar berserta Breadstix / Cinnastix secara percuma tanpa had pembelian minimum dan sah selama 2 minggu.


Haa...macam mana nak MENANG?! Alaahhh...senang je...


Dengan setiap pembelian Domino's Bold Combos, korang telah layak untuk menyertai peraduan "Everyone's A Winner' yang diciptakan khas kepada para pencinta pizza tegar macam korang. Korang beli sebarang pizza beserta dengan Pepsi Black 1.5L, pastu 'Kira Pepsi Black dan Pizza Yang Tersembunyi', letaklah slogan paling kreatif korang kat laman web www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner. Sesiapa yang mempunyai mata terkumpul tertinggi  sepanjang tempoh peraduan akan dapat sebuah Honda City.

Setiap pembelian sebarang pizza berserta sebotol Pepsi Black 1.5L, korang akan dapat 1 mata dengan setiap RM 1. Kalau korang beli 2 Pizza Deals berserta Pepsi Black 1.5L atau Bold Combos, korang akan dapat 2x mata ganjaran. Lagi banyak korang beli lagi banyak lah mata ganjaran yang korang dapat kumpulkan. Lagi banyak mata terkumpul korang lagi cerah lah peluang korang nak dapatkan Honda City tu. Senang je kan!


TEMPOH PERADUAN : 8 OKTOBER - 4 NOVEMBER 2018


Setiap Orang Adalah Pemenang atau Everyone's A Winner adalah gabungan kerjasama daripada Domino's Pizza bersama Syarikat Kumpulan Etika, syarikat yang mengeluarkan minuman yang tidak asing lagi di kalangan kita iaitu Pepsi. Majlis Pelancaran Peraduan ini telah dihadiri oleh Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura bersama-sama dengan Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd.



[Left] En Shamsul Amree, Deputy President of Domino's Pizza Malaysia & Singapore, [Center] Mr Santharuban T. Sundaram, Vice President, Marketing of Etika Sdn Bhd and [Right] Pn Linda Hassan, Senior Vice President, Marketing of Domino's Pizza Malaysia & Singapore presenting the new Bold Combo available from October 8 to November 4, 2018 at the launch of the Everyone's A Winner Contest where customers stand a chance to win the Grand Prize of a Honda City along with other exciting prizes


Pada pelancaran peraduan ini, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata, "Peraduan ini adalah satu peluang yang baik untuk kami memberi ganjaran kepada para pelanggan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua orang mempunyai peluang yang luas untuk menang! Kami berasa amat berbesar hati dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan peraduan ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan buat mereka."

"Minuman ringan memang sepadan bila digabungkan bersama pizza. Bekerjasama dengan Pepsi Black melalui Etika adalah satu bonus untuk kami. Dalam persekitaran yang dinamik dan berubah-ubah ini, pelanggan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik. Oleh itu, kami menggunakan inovasi untuk memberi tawaran dan perkhidmatan yang lebih maju ke hadapan. Domino's Pizza menekankan pendekatan yang berpandangan jauh ke hadapan apabila membangunkan produk baharu serta meningkatkan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. Ini melengkapi ciri-ciri Pepsi Black sebagai minuman masa hadapan. Sebagai rakan kongsi, mereka memahami visi kami dan sejajar dengan aspirasi yang sama untuk menggerakkan jenama ke hadapan, " kata Linda.

En Shamsul Amree, Deputy President of Domino's Pizza Malaysia & Singapore, Mr Santharuban T. Sundaram, Vice President, Marketing of Etika Sdn Bhd and  Pn Linda Hassan, Senior Vice President, Marketing of Domino's Pizza Malaysia & Singapore officiating the launch by revealing the grand prize, a brand new Silver Honda City! 



"Kami telah bekerjasama dengan Domino's Pizza dan menerusi kolaborasi ini, kami telah menyediakan pelanggan dengan platform yang menarik untuk memberikan satu pengalaman yang berbeza buat mereka. Resipi kola yang unik kami dibangunkan berdasarkan sentimen pengguna dengan kemajuan teknologi inovatif. Demi memahami gaya hidup pengguna yang mendambakan produk harian yang sihat, Pepsi Black adalah satu pilihan ideal bagi mereka yang ingin menikmati kola tanpa sebarang kalori, dengan penuh rasa padat. Kami mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Domino’s kerana kami berkongsi segmen pengguna bersama. Kerjasama seperti ini mewujudkan peluang yang berharga untuk pengguna nikmati, " kata Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd.

Sebagai jenama yang sentiasa menawarkan nilai hebat kepada pelanggan, mulai 8 Oktober dan seterusnya pelanggan Domino’s Pizza boleh merebut Bold Combos yang terdiri daripada Bold Buddy Combo pada RM35.90 dan Bold Super Combo pada RM55.90. Di samping itu, pelanggan boleh menikmati 2 Pizza Deals yang boleh didapati dari RM28.30 untuk dua pizza bersaiz biasa, RM47.15 untuk dua pizza bersaiz besar dan RM66.05 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar. Untuk ganjaran yang lebih banyak, pelanggan boleh memilih 2 Pizza Deals dengan Keju Ekstra daripada hanya RM30.65 untuk dua pizza bersaiz biasa dengan 50% ke atas Keju Ekstra, RM50.45 untuk dua pizza bersaiz besar dengan 50% Keju Ekstra dan RM70.30 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar dengan 50% ke atas Keju Ekstra.


Oklah korang, jangan lambat-lambat tau! Peraduan ni sampai 4 November 2018 je. Kalau korang nakkan maklumat lanjut mengenai peraduan ni, korang boleh terus click :


*****************************************



*****************************************

Mengenai Domino’s Pizza
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.
Domino’s Pizza Malaysia adalah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 217 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.
Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.
Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna.
Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016 dan Perak pada 2017.
====================================================
Mengenai Syarikat Kumpulan Etika
*Syarikat Kumpulan Etika dan anak-anak syarikatnya terlibat terutamanya dalam pembuatan, pengedaran dan pemasaran beberapa minuman halal terkemuka di Malaysia. Hari ini, Kumpulan adalah salah satu syarikat FMCG terkemuka di negara ini dengan kedudukan kepimpinan pasaran dalam industri minuman dan tenusu. Beribu pejabat di Kuala Lumpur, pasaran Kumpulan dan mengedarkan beberapa jenama global PepsiCo seperti Pepsi, Sting, Evervess, Mirinda, 7Up, MUG, Revive Isotonic, Gatorade, Lip Ice Ice, Tropicana dan Mountain Dew secara eksklusif di Malaysia. Etika juga mengilang, mengedar dan memasarkan WONDA Coffee dan Calpis yang dicetak oleh Asahi, Jepun, serta pelbagai jenis minumannya di bawah cap dagang Chill Asian Drinks, Frost, Bleu Water, Kickapoo, Goodday Milk dan Dairy Champ.

*Etika Beverages Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Permanis Sdn Bhd) (15978-V), Etika Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Permanis Sandilands Sdn Bhd) (17296-P), Champs Water Sdn Bhd (540703-V), Etika Vending Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Permanis Vending Sdn Bhd) (493666-X), Etika Distributions Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Permanis Distributions Sdn Bhd) (770956-P), Etika Dairies Sdn Bhd (380823-U), Etika Foods Marketing Sdn Bhd (720089-H), Etika Global Resources Sdn Bhd (712752-M), Golden Difference Sdn Bhd (913987-H), Etika Fresh Milk Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Susu Lembu Asli Marketing Sdn Bhd) (127844-D), Etika Fresh Milk Manufacturing Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Susu Lembu Asli (Johor) Sdn Bhd) (87970-X), Etika Consumer Sdn Bhd (972407-M) dan General Packaging Sdn Bhd (3488-V) (secara kolektif dirujuk sebagai “Syarikat Kumpulan Etika”)

18 ulasan:

  1. Menarik. Ok jap lagi zass pegi beli domino's nak join contest ni

    BalasPadam
  2. Fuhh.. Kena try. Leh tukar keta baru. Hahahaa. Mana tauu rezeki kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh kalau Aben menang leh lah pakya tumpang kereta baru

      Padam
  3. tq info. bgs gk. alang2 dh lm x mkn dominos

    BalasPadam
  4. Wahh.. pak ya belanja pizza plizzzz... Hehehe.. bestnya makan boleh menang hadiah jg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa jom Haida. Pakya lanjer Haida bayar hokay

      Padam
  5. Ok kena cuba ni, mana tau bertuah. Dahlah peminat pizza dominos.

    BalasPadam
  6. kena cuba gak ni.Manalah tauuu,rezeki terpijak ke kan? Eheheeh..sebelum tu nak p beli pizza domino la dulu ni

    BalasPadam
  7. Fuyoooo kereta percuma katanya..wowwwww

    BalasPadam
  8. sambil makan ...kita try luck . Ok jugak kan ? Mana tau kita tergolong antara yang bertuah .

    BalasPadam
  9. Saya nak saya nak! Nak try mana tau rezeki.

    BalasPadam
  10. weekend ni mr.asben xde. gi kursus.
    wajib kot order.
    nak honda city juga.
    ari tu baru test drive :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.