HADIAH BERNILAI RM 40,000 UNTUK DIMENANGI BERSAMA Men’s Bioré AFF SUZUKI CUP 2018



Men’s Bioré PENAJA UTAMA PIALA AFF SUZUKI 2018


Jika disebut sahaja Piala AFF Suzuki, setiap orang akan terbayangkan kehangatan dan keriuhan kejohanan bola sepak yang senantiasa dinanti-nantikan oleh setiap individu terutamanya para peminat tegar sukan ini. Kejohanan Bola Sepak ASEAN yang diadakan secara dwitahunan ini senantiasa menjadi buah mulut masyarakat. Lebih-lebih lagi jika pasukan pilihan mereka beraksi. Golongan yang paling ketara sudah semestinya adalah lelaki. Bak kata pepatah, bola dan lelaki memang TIDAK BOLEH lagi dipisahkan.

Justeru itu, Men’s Bioré  yang merupakan jenama Skrub Muka Lelaki No. 1 di Malaysia mengambil langkah bijak di dalam memberikan tanda sokongan terhadap sukan ini dengan menjadi penaja utama Piala AFF Suzuki 2018. Men's Biore sememangnya mempunyai pertalian yang kuat dengan golongan lelaki yang aktif bersukan di Malaysia. Mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan Piala AFF Suzuki ini dengan penuh minat.


Fujiwara Masaki, President of KAO Malaysia


Menurut Presiden Kao Malaysia, Encik Masaki Fujiwara, 

Di Malaysia, bola sepak sememangnya sukan yang paling popular di kalangan lelaki aktif. Sukan ini memupuk semangat kejuaraan untuk terus melangkah maju di dalam kehidupan. Piala AFF Suzuki 2018 ini bukan sahaja bertujuan untuk menyatupadukan negara-negara ASEAN, malah kejohanan sebegini membangkitkan rasa semangat peminat-peminat bola sepak terhadap negara yang tercinta. Sebagai Penaja Utama Piasa AFF Suzuki 2018, kami amat berbangga kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada kejohanan berprestij ini. Penajaan ini seiringan dengan slogan kempen Men’s Bioré iaitu 'Super Power, Strike Further', yang mengetengahkan konsep pembersihan secara mendalam, supaya tampil lebih yakin.

Kejohanan Piala AFF Suzuki akan berlangsung mulai 8 November hingga 15 Disember 2018 dengan lokasi perlawanan yang meliputi 11 buah negara ASEAN. Jenama Men’s Bioré akan menerima liputan media dan publisiti yang meluas di sepanjang tempoh 28 perlawanan. Pelbagai aktiviti dan promosi menarik bertemakan 'Super Power, Strike Further' telah pun diaturkan. Usaha ini akan dapat memperkenalkan nilai-nilai jenama Men’s Bioré yang tersendiri.

Bagi menyemarakkan lagi kejohanan, pembersih muka Men’s Bioré Double Scrub kini didatangkan dengan rekaan moden edisi terhad berinspirasikan unsur-unsur Malaysia. Ianya bersesuaian dengan peminat bola sepak Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap pasukan kebangsaan. Bersempena dengan kejohanan AFF Suzuki ini juga, para pengguna Men’s Bioré akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang bernilai RM 40,000.00*




Dengan adanya Men’s Bioré, acara sukan yang gemilang ini akan dapat menggabungkan dua gaya hidup kita yang berbeza iaitu sukan dan penjagaan kulit. Dapatkan segera Men’s Bioré anda hari ini dan rebutlah hadiah-hadiah yang disediakan. Cepatttt!!!


Untuk maklumat lanjut, sila layari :


facebook : MensBioreMalaysia

website : MensBiore


*****************************************************

Latar Belakang KAO Malaysia

Kao (Malaysia) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai salah sebuah anak syarikat Kao Corporation, pengeluar barangan penjagaan rumahtangga No.1 di Jepun dengan sejarah lebih dari 120 tahun.

Di Malaysia, jenama Kao telahpun berkembang dalam industri penjagaan kecantikan, penjagaan rumah dan tuala wanita di Malaysia. Di antara jenama produk yang luas dipasarkan ialah Biore, Liese, Attack, Magiclean, Laurier dan Merries.

Misi kami adalah berusaha untuk memberikan kepuasan sepenuhnya dan memperkayakan kehidupan rakyat Malaysia melalui prinsip utama syarikat iaitu kebersihan, kecantikan, kesihatan. Visi kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang paling dekat kepada pelanggan/pengguna, dihormati dan dipercayai oleh semua pihak yang berkepentingan dan menyumbang kepada pembangunan mampan masyarakat.

Post a Comment

4 Comments