Mummy, Anteng, Eja dan Bibiks balik kampung dari hari Jumaat lepas. Aku dok sorang-sorang jek kat rumah tak ikut diaorang pasal ada kerja. Semalam, aku pergi mengemas rumah kami di Taman Perling sebab ada penyewa nak masuk awal bulan Ogos nanti. Penyewa tu pun dah janji nak jumpa di situ nak tengok rumah. Aku cumer kemas sket-sket jek buang habuk dan sampah yang ada. Tak banyak yang perlu dibuat sebab rumah tu pun kosong. Penyewa ni dah berkelamin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Si suami bekerja di Singapura manakala isterinya surirumah sepenuh masa. Anaknya yang sulung baru berusia sebaya Eja manakala yang nombor dua tu masih baby. Hari ni aku kena buat penyambungan bekalan elektrik dan air. Lepas appointment ngan penyewa tu selesai, aku terus ke Batu Pahat nak ambik bebudak tu balik. Masa tu dah pukul 3 lebih. Ambik dan terus balik ke JB. Anteng ngan Eja tak sihat, so, kitaorang singgah klinik dulu buat 'check-up' untuk Eja dan Anteng. Pastu antar diaorang balik rumah manakala aku terus ke opis sebab ada kerja yang perlu disiapkan.
0 Comments