Cawangan Terbaharu Butik KACAX Kini Dibuka di Uda Business Centre

 


Pada 1 September 2023 yang lalu, PA berpeluang berkunjung ke Pembukaan Cawangan Terbaharu Butik KACAX. Outlet terbaharu ini kelihatan lebih luas dan lebih tersusun indah. Baju-baju yang terdapat di sini juga lebih banyak dengan pelbagai pilihan corak, warna dan rekaan yang menarik dan keunikannya yang tersendiri. Terpaling PA suka sebab KACAX menawarkan harga-harga promosi bersempena dengan pembukaan outlet terbaharunya ini. Rugi kalau korang tak rebut.


Lokasi Butik KACAX ni terletak di No. 24, Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, iaitu di belakang Maybank Bandar Baru Uda. Apa yang menariknya, terdapat banyak tempat letak kenderaan di sini. Ini sangat memudahkan para pelanggan terutamanya golongan warga emas dan kanak-kanak bahkan petak letak kenderaan Orang Kurang Upaya juga ada disediakan betul-betul di hadapan butik.

 






Pelbagai koleksi ekslusif baju Melayu, Kurta lengan pendek, lengan 3 suku dan lengan panjang dengan berlainan rekaan, corak, warna dan jenis kain mengikut pilihan dan citarasa pelbagai peringkat usia ada dijual di Butik KACAX di sini. Malahan untuk kanak-kanak dan pilihan warna sedondon juga tidak ketinggalan. Senang la untuk ayah dan anak bujangnya nak cari baju yang sama. Bukan setakat itu, butang baju Melayu dengan pelbagai rekabentuk menarik dan unik juga telah tersedia untuk menjadi pilihan pelanggan.





So, apa nak tunggu lagi, tak perlu tunggu Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya AidilAdha, datang sekarang sementara harga runtuh ditawarkan bersempena dengan Pembukaan Cawangan Terbaharu Butik KACAX di Uda Business Centre sebelum gigit jari.




Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Instagram

https://www.instagram.com/kacax_official/

Facebook

http://www.facebook.com/KACAXORIGINAL

Tiktok

http://www.tiktok.com/@kacax_official

Telefon

http://wasap.my/+60197341037

http://wasap.my/+60197351037











Post a Comment

2 Comments