Tak abis-abis sambut pelancong...

Nampak gayanya kerja aku ni tak abis-abis sambut pelancong kat pintu masuk ke Johor. Agaknya dah takder orang lain lagi dah kat pejabat aku ni gamaknya. Dari awal Januari tuhari sampai ler ke hari semalam. Kali ni ada plak lawatan pelancong yang datang ke Johor melalui Terminal Ferry Stulang Laut menaiki bot dari Batam. Hampir 700 orang jumlah mereka ni. Menaiki 5 buah ferry dari Batam terus ke Stulang Laut. Pastu mereka semua akan dibawa menaiki bas persiaran menuju ke Putrajaya untuk menyaksikan Perarakan Kereta Berhias sempena Flora Fest 2007. Mereka akan menghabiskan masa selama 2 hari di Putrajaya, Kuala Lumpur, Genting Highlands dan banyak lagi. Kemudian akan balik semula ke Johor Bahru dan melawat ke produk-produk pelancongan yang ada di Johor sebelum pulang semula menaiki bot di Terminal Ferry yang sama. Pasni sure ada lagi sambutan camni. Almaklum ler, selagi tak abis progam Tahun Melawat Malaysia 2007 ni, selagi tu la kena sambut mereka ni...apa nak buat, dah nasib...terima jek ler...
p/s Sorry ler, mutu gambor kurang memuaskan, aku tak bawak kamera masa tu, aku ada phone camera jek...jadi ler...
Dikuasakan oleh Blogger.