Tsunami Melanda Lagi (2)

Ni ada lagi gambar-gambar masa hari Sabtu tuhari tapi diambil menggunakan kamera lain. Haa, mana-mana bebudak opis aku yang takder masa gotong-royong hari Sabtu dan Ahad tuhari, boleh ler tengok macam mana keadaan kitaorang yang bermandi peluh dan debu-debu serta habuk-habuk yang boleh kena selsema dibuatnya. So, kalau ada barang-barang korang yang hilang ker atau termasuk kat meja sapa-sapa atau yang dah bertukar-tukar tempat ker, harap paham-paham jek la. Jangan nak salahkan kitaorang sebab sapa suruh korang tak datang jaga barang korang sendiri?! Orang dah tolong angkat dan tak buang kat tong sampah tu kira dah cukup bagus ler...macam nak terkeluar isi perut tau tak mengangkat barang-barang korang yang berat nauzubillah tu! Boleh putus nyawa dibuatnya, nasib masih boleh nak buang air besar. Tu pun ada yang dah nak putus urat kentut!!! Kalo korang tak percaya, haa tanya pada abang SASA yang tak datang hari ni sebab dah 3 hari tak boleh kentut pasal angkat barang korang yang berat macam steamroll tu!!!
Dikuasakan oleh Blogger.