Selamat Hari Ulangtahun Sayang...

Sayangku,
Selama sembilan tahun hidup bersama denganmu membawa kebahagiaan yang tidak terhingga padaku. Kita lalui segala keperitan, kedukaan dan kegembiraan bersama dengan penuh tawakkal dan kesabaran. Segala kesulitan kita hadapinya bersama. Segala keriangan kita kecapi bersama. Terima kasih atas segala yang telah kau berikan padaku. Terima kasih tidak terhingga atas kurniaan dua permata hati kita berdua. Keduanya memberikan kekuatan untuk kita lebih tabah menghadapi segala onak dan duri dalam menempuhi kehidupan mendatang. Marilah kita bersama-sama bertekad dan berdoa moga kita sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran serta ketabahan untuk menghadapi ujian-ujian yang bakal kita tempuhi hingga hari tua. Semoga kita sentiasa beroleh kebahagiaan bersama. Terima kasih sekali lagi yang datang tulus iklas dariku untukmu sayangku.
Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita sayang.
Abang sayang padamu sepenuh jiwa dan raga.
Dikuasakan oleh Blogger.