McDonald's Malaysia Bawa Keceriaan Kepada Komuniti Melalui Sambutan Perayaan Aidilfitri

 


Komitmen kemasyarakatan diperluaskan dalam bulan Syawal bagi meneruskan aktiviti berimpak positif kepada masyarakat


McDonald’s Malaysia memperluas inisiatif komunitinya sempena bulan Syawal menerusi program Sambutan Aildilfitri Titipan Kasih Harian Metro bersama McDonald’s di Pantai Bumi Hijau bersama penduduk Kampung Banting, Sabak Bernam, pada Ahad lalu.

 

Bertujuan untuk memberi keceriaan dan feel good moment kepada para keluarga meluangkan masa yang berkualiti, McDonald’s Malaysia turut melaksanakan sambutan perayaan ini untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat sempena bulan Syawal. Selain itu, inisiatif Sambutan Aidilfitri Titipan Kasih Harian Metro bersama McDonald's ini merupakan kesinambungan daripada program Ramadan McDonald’s untuk meneruskan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab syarikat itu sejak ia menjadi syarikat 100% milik orang Islam pada tahun 2017.

McDonald’s turut menyampaikan kotak rezeki berupa barangan keperluan harian kepada 100 keluarga asnaf di Kampung Banting, Sabak Bernam

 

Aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan yang McDonald’s laksanakan pada hari ini adalah sebahagian daripada teras kami sebagai syarikat yang ingin menjadi jiran yang prihatin terhadap komuniti di sekitar lokasi restoran kami beroperasi. Selain membolehkan kita bersama-sama meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti yang menarik tersedia pada hari ini, kami juga ingin mencipta saat-saat indah bersama orang ramai yang telah memberi sokongan kepada McDonald's Malaysia selama ini. Ini adalah masa untuk kami menampilkan penghargaan kepada masyarakat, seiring dengan semangat Hari Raya Aidilfitri untuk saling menghargai antara satu sama lain

Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia


McDonald’s turut menyediakan juadah sempena sambutan hari raya berserta hidangan menu McDonald’s kepada komuniti yang hadir

 

Sambutan Aidilfitri Titipan Kasih Harian Metro bersama McDonald's menghimpunkan komuniti setempat daripada pelbagai lapisan menerusi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-royong, sukan pantai dan jamuan hari raya. Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia turut menekankan aspek kebajikan dan kesejahteraan masyarakat dengan menyumbang 100 kotak rezeki berisi keperluan harian kepada keluarga asnaf.

 

Kami sangat mengalu-alukan kedatangan McDonald’s dan Harian Metro untuk menjalankan program bersama warga Kampung Banting. Usaha ini sangat baik kerana ia dapat menjalinkan ukhwah antara penduduk dan syarikat korporat, dalam masa yang sama masyarakat turut mendapat manfaat daripada bantuan yang diberikan. Terima kasih saya ucapkan kepada McDonald’s dan Harian Metro kena sudi bertandang ke kampung kami dan saya berharap usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

M Rosly Mohd Shahrani. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Banting Sabak Bernam.


Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya adalah pertandingan mengumpul remis dan pertandingan gotong-royong sampah yang dijalankan bersama warga Kampung Banting dengan sukarelawan McDonald’s

 

Selain itu, komitmen kepada komuniti juga turut dizahirkan melalui konsistensi McDonald’s Malaysia dalam menunaikan kewajipan Rukun Islam Ke-3 dengan membayar zakat korporat sebanyak RM12 juta kepada pusat-pusat zakat di seluruh negara sejak tahun 2017.

 

McDonald’s Malaysia giat menjalankan aktiviti kemasyarakatan merentas komuniti menerusi ‘Program Komuniti McDonald’s & RMHC’ yang mana setiap tahun dianggarkan sebanyak 19,000 aktiviti kemasyaratan akan dilaksanakan merangkumi segenap lapisan masyarakat antaranya ialah Sambutan Hari Jadi bersama anak-anak yatim, sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan negara, sumbagan hidangan moreh pada bulan Ramadan dan sumbangan minuman kepada jemaah masjid pada setiap hari Jumaat.


Post a Comment

0 Comments