Taklimat Kementerian Pelancongan Malaysia

Semalam aku kena gi KL menghadiri satu taklimat yang diadakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia bertempat di Legend Hotel. Aku bertolak dari JB pukul 12.30 tengahari naik bas express pada hari Ahad. Sampai di pudu dah pukul 6 lebih. Lamanyer naik bas yek! Letih plak rasanya. Kalo aku drive pun lebih kurang 3 jam jek dah sampai. Aku check in hotel dah dekat-dekat kol 7. Mana taknyer, naik LRT dari pudu nak sampai ke stesyen Titiwangsa pun ambik masa lama. Lebih setengah jam. Tak tau ler apersal. Agaknyer pasal rusuhan yang kat jalan Ampang tu kut. Tapi masa aku sampai KL, rusuhan tu dah reda. Aku cumer tau masa tengok berita jam 8 malam. LRT yang aku naik pun sampai kena tukar-tukar 2 stesyen.
Taklimat tu satu hari jek. Dari 8.30 pagi sampai pukul 6 petang hari Isnin. Tapi aku dapat balik awal. Kol 4.30 aku dah chow chin chow balik ke JB. Sampai rumah lebih kurang pukul 7.30 malam.

Dikuasakan oleh Blogger.