Selamat Ulangtahun Perkahwinan Kita Sayangku...


Sayangku...
Hari ini, sepuluh tahun yang lalu, malam Hari Raya Haji, kita telah disatukan dalam majlis yang serba sederhana tetapi meriah. Selama 10 tahun juga lah kita berjaya harungi segala ranjau dan onak duri serta dugaan-dugaan kehidupan dengan gelaran suami-isteri. Alhamdulillah, kita telah dianugerahkan dengan sepasang cahayamata yang comel dan bijaksana, yang menjadi racun dan penawar dalam kehidupan seharian kita bersama. Doa Abang, semoga kita diberikan kekuatan untuk mengharungi suka-duka kehidupan kita bersama sehingga ke akhir hayat kita nanti dan sama-sama menggilap permata hati kita berdua menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Keluarga. Semoga permata hati kita itu menjadi anak-anak yang soleh, Amin Ya Rabbal Aalamin. Akhir kata, terima kasih sayang untuk segala-galanya...!
Dikuasakan oleh Blogger.