Hari Terbuka Sekolah Agama Bandar

Pagi semalam selepas antar Abang ke sekolah dan antar Mommy ke tempat kerja, aku terus ke sekolah agama Abang untuk ambik report card dia. Alhamdulillah, dia lulus exam. Kat sekolah tu plak ada buat jualan untuk tabung sekolah. Ibu bapa diminta menyumbang barang-barang runcit seperti gula, tepung, susu dan lain-lain untuk dibuat jualan. Hasil daripada jualan tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan sekolah. Sepatutnyer kelas Abang diminta untuk menyumbangkan gula sebanyak 2 pek. Tapi, kami tak bagi gula, sebaliknyer kitaorang bagi minyak masak jenama kitaorang sendiri sebanyak 2 botol. At least, mahal la sket kalo nak dijual. Sekurang2nyer dapat la lebih sket hasil jualan sekolah.

Post a Comment

0 Comments