Hari Raya Mid-Nite Sale

Raya dah semakin hampir. Cumer tinggal 2,3 hari saja lagi. Kesempatan bercuti hujung minggu digunakan sepenuhnya oleh Papa dan Mommy untuk membersih dan menghias rumah. Tapi malam tadi, Papa terpaksa bertugas sempena Zoom Hari Raya Midnite Sale yang dilancarkan di Plaza Angsana. Majlis bermula pukul 10.30 malam dan berakhir pukul 2 pagi. Memang penuh sesak Plaza Angsana sepanjang malam tadi. Kebanyakan mereka datang untuk membeli pelbagai persiapan menjelang Syawal. Apatah lagi Plaza Angsana membuat midnite sale sehingga pukul 2 pagi dengan diskaun sehingga melebihi 70%. Kira makin pagi makin murah ler...
Dikuasakan oleh Blogger.