Nak Balik Kampung Nak Balik Kampung Nak Balik Kampungggg

Hari ini merupakan hari terakhir kita berpuasa. Sudah hampir seminggu Umat Islam di Malaysia berpusu-pusu menuju pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya bersama sanak-saudara. Papa dan Mommy masih lagi berada di opis di waktu sebegini. Tak kisahlah walaupun kami masih lagi bekerja. Abang, Eja dan Bibik mungkin sekarang ni di rumah sedang bersiap-siap tak sabar menunggu kepulangan kami dari kerja kerana petang nanti kami akan bertolak pulang ke kampung nenek. Berkemungkinan besar juga, jika Mommy dapat menyiapkan kerjanya lebih awal, kami mungkin akan pulang ke rumah lebih awal. Mommy dah bagitau pagi tadi semasa hendak ke tempat kerja. Waktu Papa sedang menulis ni, jam di dinding menunjukkan hampir pukul 12 tengahari. Ermmm...tak tahulah agaknya pukul berapa Mommy akan menelefon memberitahu kerjanya udah beres dan kami boleh pulang ke rumah untuk bersiap-siap pulang ke kampung untuk menyambut kedatangan Syawal malam ini. Mommy...cepatlah call, kata nak balik kampung awal arinih...heheheheee...!!!

Post a Comment

0 Comments