Kids Eco Dash 2.0

The Kids Eco Dash 2.0 merupakan satu aktiviti larian ala marathon untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun. Acara yang didukung oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang bertujuan untuk memupuk aktiviti riadah kepada anak-anak di samping mencintai dan menghargai keindahan alam sekitar di sekeliling mereka. Kanak-kanak dapat mengalami sendiri pengalaman berlumba seakan seorang dewasa tetapi mengikut tahap kemampuan dan bersepadan dengan umur mereka.



KATEGORI PENYERTAAN

1) Caterpillar (0.8 km)
     Kanak-kanak Lelaki/Perempuan : 4 Hingga 6 Tahun
     
2) Rabbit (1.5 km)
    Kanak-kanak Lelaki/Perempuan : 7 Hingga 9 Tahun

3) Tiger (3 km)
    Kanak-kanak Lelaki/Perempuan : 10 Hingga 12 Tahun



YURAN PENYERTAAN

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 35.00 seorang.

Setiap penyertaan akan diberikan






SUKARELAWAN

Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Galakkan adalah di kalangan ibu bapa. Tugasan akan diberikan pada tarikh program berlangsung. Setiap penyertaan sebagai sukarelawan akan diberikan sehelai t-shirt dan secara automatik akan didaftarkan di bawah 'Voluntourism Program'.



TARIKH, TEMPAT DAN MASA

Aktiviti ini akan diadakan sebagaimana berikut :-


  • Tarikh    :     28 Oktober 2017 (Sabtu)
  • Tempat :      Taman Eko Rimba, Hutan Simpan Bukit Nenas, Menara Kuala Lumpur
  • Masa    :      7.00 pagi



ATURCARA PROGRAM

  • 7.15 pagi - Ketibaan Peserta
  • 7.30 pagi - Sesi 'Warming Up'
  • 8.00 pagi - Pelepasan oleh YBTM Kementerian Pelancongan Malaysia
  • 8.45 pagi - Aktiviti Sampingan Bermula
  • 11.00 pagi - Majlis Penutup



AKTIVITI SAMPINGAN

  • Garden Experience
  • Recycling Games
  • Tourism Malaysia Eco House
  • Kids Craft
  • Petting Zoo



PENGAMBILAN KIT PERLUMBAAN

Kit Perlumbaan hendaklah diambil sebagaimana tarikh berikut :-

  • Tarikh : 27 Oktober 2017 (Jumaat)
  • Masa : 11.00 pagi - 10.00 malam
  • Tempat : Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang

**Kit Perlumbaan akan TERBATAL jika gagal diambil pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.

**TIADA PUNGUTAN KIT PERLUMBAAN PADA TARIKH PROGRAM BERLANGSUNG.
    Sebarang tuntutan pada tarikh tersebut TIDAK AKAN DILAYAN.

**Pungutan boleh diwakilkan dengan syarat membawa bersama salinan kad pengenalan peserta.



TARIKH AKHIR PENDAFTARAN

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada : 24 Oktober 2017 : 11:59:59

Untuk Mendaftar sila klik : 





MAKLUMAT LANJUT

Untuk info lanjut, sila hubungi :-



Post a Comment

0 Comments