Nak Hias Rumah Tapi Bajet Ciput? Cuba Cara Ini






Kadangkala apabila masuk sahaja ke dalam rumah setiap kali pulang dari bekerja ataupun ketika sedang duduk di ruang tamu sambil menonton tv bersama anak-anak, terasa seperti ada yang tidak kena terhadap hiasan mahupun suasana di dalam rumah. Nampak gayanya rumah ini memerlukan mungkin sedikit sentuhan perubahan terhadap hiasan dan barang-barang dan perabotnya. Kalau tidak salah kali terakhir tukar perabot dan cat dinding adalah melebihi 5 tahun dahulu. Memang sudah patut ditukar.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan, besar kemungkinan hasrat untuk membeli perabot dan hiasan baru di dalam rumah terpaksa dilupakan. Namun itu semua sudah tidak menjadi satu masalah lagi. Sekarang sudah ada halaman yang menjual perabot dan hiasan rumah dengan harga mampu milik. Malahan tidak lagi perlu ke kedai. Hanya dengan membuat pilihan dan pesanan secara atas talian sahaja. Pilihan pun sangat banyak. Cuma perlu klik klik klik sahaja.
Agak-agaknya lah kan, ruangan mana di dalam rumah yang nak diberikan sentuhan perubahan. Pada pendapat aku, paling utama adalah di ruang tamu. Bukannya apa, kata orang, pandangan pertama apabila masuk ke dalam rumah adalah pandangan yang dapat merubah persepsi tetamu terhadap tuan rumah. Jika ruang tamu rumah kita kelihatan 'wow' di mata mereka maka sudah tentulah mereka akan memberi tanggapan yang positif terhadap tuan rumah. Kata orang cinta pandang pertama, kan?! Setuju tak?

Ruang Tamu

Untuk ruang tamu, aku bercadang nak buat perubahan di dinding, lantai dan juga langsir. Ini antara beberapa pendapat atau 'idea' terhadap hiasan rumah yang bakal diganti:-

https://3.bp.blogspot.com/-FaMbKmbzYQM/WgAis8u02PI/AAAAAAAASeA/RnGu0QPAF4AzgLdec61G0tB2TtSom6lxwCLcBGAs/s320/vinyl_flooring_include_install_koreas_top_brand_1507007922_eafff731.jpg

https://4.bp.blogspot.com/-Erkifq3Vb0o/WgEqliTeFvI/AAAAAAAASzM/WNDjx_z2OHkJsx4c1v2VNrzuEToRIUPhwCLcBGAs/s320/promosi_vinyl_flooringsiap_pasangrm370_persqftminimum_order_600_sqft_keatas_1502206504_cfad439d.jpg

https://1.bp.blogspot.com/-yW0Za-m_Z28/WgEqnhgMsgI/AAAAAAAASzQ/pX6LkhN75-QwG_yXLPZd9fBJifqQJ8jXgCLcBGAs/s320/promosi_vinyl_flooringsiap_pasanghanya_darirm370_persqftminimum_order_600sqft_keatas_1502209277_12e26548.jpg

Mula-mula sekali nak pasang lantai kayu vynil atau Vynil Flooring. Harga ada pilihan antara Rm 2.00 - RM 5.00 per kaki persegi. Memang mampu milik. Lantai kayu vynil ni nampak kemas dan senang nak buang habuk. Jika ada air tumpah pun hanya mop atau lap sahaja, senang dan memudahkan. Ada pelbagai corak mengikut citarasa masing-masing.

https://3.bp.blogspot.com/-Xq2bsvlGvJg/WgAv7qUo53I/AAAAAAAASeU/BJ-pZTpSTAojgpnWUBaFcHNRYK0KJMDJwCLcBGAs/s320/scandinavian_rug_1501335316_2a820af4.jpg
Kemudian untuk menaikkan lagi seri ruang tamu, kita letakkan permaidani. Ada pelbagai corak yang menarik mengikut pilihan masing-masing. Jika mahukan yang menyerlah boleh mencuba corak 3D. Harga serendah RM 130 sekeping.

https://3.bp.blogspot.com/-RcbmJH41dbo/WgErqFl_daI/AAAAAAAASzc/3wYBZi0kDwsOH6mKjuOO--MBi2EWFCPKACLcBGAs/s320/carpet_3d_l_size_1509954846_3d1decaf.jpg

https://3.bp.blogspot.com/-rOGIQ5A0sn0/WgErpSYB5fI/AAAAAAAASzY/gCPM66u54rgKu0oiMwPzMOsWnDZEzd3RgCLcBGAs/s320/carpet_3d_size_l_1509954763_d391b61c.jpg

Ruang Dapur Dan Ruang Makan

Selain daripada ruang tamu, ruang dapur dan ruang makan juga memainkan peranan penting untuk menaikkan lagi 'mood' suasana rumah kita . Ruang dapur adalah tempat kaum wanita menghabiskan masa menyediakan hidangan untuk keluarga tersayang.

https://2.bp.blogspot.com/-c6eQaXDihGU/WgFD-W1h3gI/AAAAAAAAS0g/8j-eddPrELQU-HAyD_oK6sPgkCL_7UUqQCLcBGAs/s320/diamond_wallmirror_1487675318_32895397.jpg

Untuk mendapatkan ruang makan kelihatan lebih luas, kita boleh letakkan cermin besar di dinding. Ada banyak pilihan bentuk dan saiz. Boleh rujuk di cermin hiasan dinding.

https://1.bp.blogspot.com/-GDqpCIgw9kU/WgFG2sgO5OI/AAAAAAAAS0w/1E9G9hPdVNUPUL6dlIXJd47zUGgaSk2wgCLcBGAs/s320/set_meja_makan_1509356898_641203ba.jpg

Untuk set meja makan, aku lebih suka yang simple tetapi menarik. Harga pun tidak lah terlalu mahal tetapi nampak mewah dan selesa. Sebagai contohnya gambar di atas, harga set meja makan ni cuma RM 650 sahaja. Namun ada juga yang harganya di bawah RM 300. Jika rumah yang ruang makannya agak terhad atau mempunyai keluarga yang tidak ramai, boleh juga menggunakan meja makan pelbagai guna seperti di bawah ini :-

https://1.bp.blogspot.com/-Vi6VWP6xJ_I/WgFlRczmFkI/AAAAAAAAS1Q/xgnJM-X9v5YTZNBuv18pau0I1xXNlhK8wCLcBGAs/s320/dining_table_with_attached_multipurpose_kitchen_1501928439_1ba7187b.jpg
2 pilihan warna meja makan pelbagai guna ini berharga RM 250 setiap satu
 https://3.bp.blogspot.com/-eTUJSuJSLNA/WgFlWvCbuoI/AAAAAAAAS1U/DsITfWmuMxkIFoOgx4DuDZ4ND22F8RfIwCLcBGAs/s320/dining_table_with_attached_multipurpose_kitchen_1501928440_fc8bbbe4.jpg

Ruang Bilik Tidur


Bilik tidur adalah tempat yang penting untuk merehatkan badan setelah penat seharian bekerja. Jika bilik tidur kita kelihatan menarik dan menenangkan, sekurang-kurangnya penat lelah kita akan berkurangan juga. Pilihan warna dinding, perabot dan hiasannya adalah perlu dititik-beratkan bagi meningkatkan suasana aman-damai dan menenangkan. Mungkin  bagi sesetengah orang, bilik tidur adalah perkara yang dianggap remeh. Bagi aku, aku suka bilik tidur yang kemas, teratur, warna dinding yang menarik, pencahayaan yang bersesuaian di samping susunatur perabotnya. Antara yang terlintas di fikiran aku ialah ingin menggantikan cat dinding sedia ada dengan 'wallpaper' untuk bilik tidur utama dan bilik anak-anak.

https://3.bp.blogspot.com/-MFgKL2ae7sc/WgFqmwnGyrI/AAAAAAAAS1k/mtktj8yWM6crdLV8R7jWY1-QSIoINrNLwCLcBGAs/s320/wallpaper__fotomural_1509935206_38da7502.jpg

https://3.bp.blogspot.com/-eZ2QcMsxyPs/WgFqzrB4-dI/AAAAAAAAS1o/HL3tyZUzLaY4VQMcTu4bNtZMq5NCLI6gwCLcBGAs/s320/kids_room_decor__wall_painting_1448550715_43d0d7bd.jpg

https://4.bp.blogspot.com/-uw_LKdZIY2U/WgFrmHYWSjI/AAAAAAAAS1w/t_DNWZoif5gq4Tk8lAvgptjQmIsI3MfpQCLcBGAs/s320/kids_room_decor__wall_painting_1448550715_f8b8958c.jpg

https://2.bp.blogspot.com/-RO35qB9sCs4/WgFrpnnPJDI/AAAAAAAAS10/qH1uBWeA-HEDBVcSFkJxc4nc1PgdYCdxACLcBGAs/s320/kids_room_decor__wall_painting_1448550716_2130d675.jpg


Rasanya cukuplah perubahan terhadap hiasan dalaman rumah yang aku nak buat untuk setakat ini. Nanti ada bajet lebih boleh tukar lagi apa yang perlu. Lagipun semuanya boleh beli secara atas talian sahaja, tidak perlu susah-payah nak ke kedai. Terutama macam aku ni yang sibuk memanjang. Kadang tu hendak ke kedai pun tidak ada masa. Sekarang semuanya sudah mudah dan cepat. Tidak payah terkejar-kejar. Semuanya di hujung jari sahaja. Cuma perlu klik klik klik sahaja. Selesai masalah.
Dikuasakan oleh Blogger.