JUARA TRAVEL - PILIHAN TEPAT PAKEJ HAJI, UMRAH, ZIARAH DAN DESTINASI PELANCONGAN ANDA



Jika kita tanya kepada setiap individu Muslim sejati tentang ke manakah destinasi impian mereka yang sangat mereka harapkan untuk menjejakkan kaki mereka sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, maka sudah tentu kita akan mendapatkan jawapan yang sama iaitu ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Tidak kira samada mereka berkemampuan atau tidak namun jauh di sudut hati kecil mereka pasti meletakkan harapan dan cita-cita untuk sampai ke dua destinasi ini.

Dewasa ini terlalu banyak syarikat-syarikat dan agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pakej-pakej untuk menunaikan umrah dan ziarah dengan pelbagai harga dan insentif dan ada juga di antara mereka yang sebenarnya tidak begitu jujur terhadap pelanggan mereka dengan melakukan pelbagai penipuan dan menawarkan harga yang ada kalanya tidak masuk akal. Seringkali kita terbaca di dada-dada akhbar dan juga di media-media massa tentang jemaah yang terkandas di lapangan terbang kerana kegagalan mendapatkan visa daripada Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah. Ianya suatu perkara yang amat mendukacitakan dan menyedihkan terutamanya kepada para jemaah tersebut dan sedikit sebanyak perkara ini mencalarkan imej dan menjejaskan kepercayaan orang awam terhadap syarikat-syarikat dan agensi-agensi pelancongan yang lain. Mereka akan menjadi fobia terhadap perkara sebegini yang mungkin akan berlaku terhadap mereka juga suatu hari nanti.

Sehubungan dengan itu, tidak salah jika kita sebagai orang awam perlu mengambil perhatian dan membuat sedikit kajian terhadap syarikat-syarikat dan agensi-agensi pelancongan sebelum memilih mereka untuk menguruskan perjalanan kita agar perkara-perkara yang tidak diingini dapat dihindarkan dan ibadah umrah kita berjalan dengan lancar dan sempurna.





Dalam memilih syarikat dan agensi pelancongan, beberapa perkara penting perlu dititikberatkan seperti adakah syarikat dan agensi pelancongan tersebut bertauliah atau tidak dan adakah mereka cukup berpengalaman di dalam mengendalikan urusan jemaah, visa, penginapan, pengangkutan dan sebagainya. Paling penting adakah mereka di kalangan agensi pelancongan yang sah atau sekadar mereka ini melepaskan batuk di tangga sahaja.


KENAPA MEMILIH JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD

Juara Travel & Tours Sdn Bhd adalah merupakan syarikat agensi pelancongan berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia semenjak tahun 1994 (Nombor lesen : KPK/LN2819) dan merupakan ahli Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) dan juga BUMITRA MALAYSIA.

Mempunyai pengalaman luas melebihi 17 tahun di dalam pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan di dalam dan luar negara seperti Jepun, Sepanyol, Indonesia, Korea, Turkey, Vietnam, China dan negara-negara lain. Mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun di dalam mengendalikan bidang pengurusan umrah dan telah menguruskan seramai lebih kurang 30,000 jemaah sehingga kini. Menggunakan perkhidmatan pembimbing haji dan umrah yang bertauliah dan berpengalaman bagi menguruskan jemaah sama ada sebelum, semasa atau selepas mengerjakan ibadah umrah. Mereka juga mempunyai kakitangan yang cekap dan pakar di dalam bidang tugas masing-masing.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan :
  • Pakej Umrah, Ziarah dan Haji
  • Tempahan tiket waran perjalanan udara kerajaan
  • Tempahan tiket penerbangan dalam dan luar negeri
  • Pakej pelancongan berkonsepkan Islam di dalam dan luar negara
  • Pakej lawatan sambil belajar
  • Pengurusan VISA
  • Tempahan Pengangkutan dalam dan luar negara
  • Tempahan penginapan dalam dan luar negara
  • Wakil syarikat di lapangan terbang
  • Akademi Mutawif (Pembimbing Umrah)
  • Kursus Bimbingan Umrah secara percuma
Selain daripada HQ di Kuala Lumpur, Juara Travel & Tours Sdn Bhd juga mempunyai cawangan-cawangan di beberapa lokasi di seluruh negara, antaranya Johor, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Sarawak.





APAKAH YANG MENARIK TENTANG PAKEJ JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD

Tidak semua di kalangan kita dari golongan yang berkemampuan dan mempunyai banyak duit. Ada yang terpaksa menabung dalam jangkamasa yang agak lama untuk membolehkan mereka memenuhi impian dan hasrat untuk mengerjakan ibadah umrah. Sayugia, pihak Juara Travel & Tours Sdn Bhd mengambil inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan berkenaan dengan menawarkan selain daripada pelbagai rebat dan diskaun, mereka juga menawarkan kaedah pembayaran secara ansuran seperti berikut :

  1. Bayaran deposit sebanyak RM 500 sahaja sehari selepas mendaftar
  2. Bayaran kedua sebanyak RM 2,000.00 pada 4 bulan sebelum tarikh perjalanan
  3. Bayaran baki harga pakej pada 2 bulan sebelum tarikh perjalanan



Terdapat pelbagai promosi yang ditawarkan oleh Juara Travel dari masa ke semasa. Kunjungi selalu laman sesawang www.juaratravel.com.my untuk dapatkan pakej-pakej harga menarik dan tawaran-tawaran yang sukar untuk ditolak. Selain dapat berjimat, anda juga mungkin berpeluang untuk mengerjakan umrah secara percuma dengan mendaftar 20 orang di dalam satu masa.




Pihak Juara Travel & Tours Sdn Bhd juga menawarkan kursus umrah secara percuma di seluruh negara mengikut jadual yang telah ditetapkan. Untuk mengetahui dan menyemak jadual yang telah disediakan setiap bulan, boleh klik https://www.juaratravel.com.my/event. Kursus umrah percuma ini adalah terbuka kepada :

  • Semua penduduk sekitar
  • Semua bakal jemaah umrah daripada mana-mana syarikat
  • Semua Muslimin dan Muslimah yang bercita-cita untuk mengerjakan ibadah umrah dalam tempoh terdekat atau dalam tempoh 5 tahun lagi
  • Individu yang berminat mendalami ilmu dan hukum-hakam umrah


Juara Travel & Tours Sdn Bhd juga ada menyediakan pakej haji untuk tahun 2018 dengan lesen bernombor PJH 18/1439H dengan pakej-pakej sebagaimana yang tertera di atas termasuk :

  • Bimbingan daripada pembimbing yang bertauliah dan berpengalaman
  • Petugas yang berpengalaman di dalam menguruskan jemaah haji
  • Menyediakan makanan 3x sehari (Mekah, Madinah, Arafah dan Mina)
  • Cenderahati seperti beg troli, beg pakaian, kain ihram, telekung, sarung tangan wanita, uncang kasut, beg sandang dan uncang belakang serbaguna
  • Kursus haji secara intensif dan taklimat akhir sebelum berlepas
  • 7 kali umrah (3x Tanaeim, 3x Jaranah, 1x Hudaibiyah Mekah) dan (7x Masjid Quba, Madinah)
  • Insurans Perjalanan (atas permintaan jemaah dengan tambahan RM 300)


Untuk mendaftar pakej umrah atau ziarah atau pakej melancong dalam dan luar negara atau kursus umrah secara percuma, boleh hubungi sebagaimana berikut :

**********************************************

TELEFON PEJABAT
03-92267105

WHATSAPP

EMAIL 

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

TWITTER

ALAMAT
JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD
NO. 1-2-1, TINGKAT 2, BLOK 1
CITY GARDEN COMMERCIAL CENTRE
TAMAN NIRWANA
68000 AMPANG, SELANGOR


**************************************************




Post a Comment

10 Comments

  1. Harap ada suatu hari dapat ke sini dengan menggunakan pakej juara travel.. Hihihj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Insya Allah, mudah-mudahan tercapai cita-cita

      Delete
  2. Senang dah ada info ni. Tak payah nak cari2 mana yg trusted. Lps ni nak pg umrah ke travel guna juara je. Murah pun murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Kena cari yang boleh dipercayai dan diyakini

      Delete
  3. Thanks info.. Sgt berguna

    ReplyDelete
  4. Doakan saya dapat ke sana juga..

    ReplyDelete
  5. Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

    Bonus yang diberikan NagaQQ :
    * Bonus rollingan 0.5%,setiap minggunya
    * Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
    * Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah

    * Minimal Depo 15.000
    * Minimal WD 20.000

    Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
    * Poker Online
    * BandarQ
    * Domino99
    * Bandar Poker

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : AGEN BANDARQ NagaQQ
    WHATSAPP : +855967014811
    PIN BB : 2B209F68

    DownlOAD APLIKASI PKV MOBILE
    DOWNLOAD PKV ANDROID
    DOWNLOAD PKV IPHONE

    ReplyDelete
  6. Bagus promosi ni.. mudah2an dipermudahkan usaha dan hajat utk menunaikan ibadah haji dan umrah.. aamiin.

    ReplyDelete