Kuat Melaram

Haa...tengoklah tu, asal kata masuk jek kete, terus jek dia ambik sun-glass dalam dashboard tu nak pakai. Kalau setakat dia sorang jek pakai tu lain cerita, ni aku pun disuruh pakai jugak setiap kali masuk dalam kete. Kadang-kadang cuaca mendung pun disuruhnya aku pakai jugak. Dia memang lah, dah stand-by awal-awal. Ni masa kitaorang nak pergi dengan nak balik dari opis. Tapi cuaca memang panas sangat masa tu. Best partnya, sun-glass tu anteng punyer, sizenya agak besar sket. Nampak gayanya, terpaksalah belikan eja satu lepas ni, yang kecik sket dan lebih sesuai. Kalau tak, sure nanti bergaduh nak pakai dengan anteng. Iye lah, sun-glass tu memang anteng punya, itupun aku belikan masa eja belum lahir lagi. Dah lebih dua tahun gak umur sun-glass anteng tu. Semenjak eja dah pandai melaram dengan spec itam ni, dah dua kali aku kena gi antar repair sebab dah dua kali eja bengkokkan bingkainya. Kalau tidak, bila time jalan jauh nanti kesian plak anteng tak dapat nak pakai sun-glass dia bila cuaca panas. Anteng plak memang duk depan kalau jalan jauh. Lagipun, sun-glass ni memang dapat protect mata dia sebab dibuat dari polaroid dan 100% uv protection. Sebab tu aku tak risau sangat kalau eja dan anteng nak pakai sun-glass tu sebab tak akan merosakkan mata diaorang. Harganya...hmmm...takyah cakap ler...lepas duit bill elektrik ngan air rumah aku dua bulan. Huhuhu!!!

Post a Comment

0 Comments