Pagi tadi selepas menghantar abang gi sekolah, antar mummy gi kerja, kena bawak eja gi klinik untuk check-up sebagaimana jadual yang dah ditetapkan oleh pihak klinik. Berat badan eja pun bagus, badan pun sihat dan semakin pintar. Semasa di dalam bilik pemeriksaan, nurse menguji kepintaran eja. Apa yang ditanya semuanya dijawab dengan baik oleh eja. Mulutnya memang ler, petah sungguh. Gambar-gambar dalam buku yang ditanya oleh nurse pun dengan slumber jek eja menjawabnya. Alhamdulillah, dah semakin bijak dah Sayang Papa ni...Oh ye, last sebelum balik, eja diberi makan ubat cacing. Next appointment, enam bulan dari sekarang.
Mengenali dunia blog seawal Tahun 2005. Menulis lebih kepada kehidupan seharian dan hal anak-anak sehingga kepada produk review. Seorang yang pemalu tetapi cepat mesra dan boleh menjadi seorang sahabat yang sangat akrab dan boleh menjadi seorang pendengar dan bahu tempat di'landing'.
Telah berkolaborasi dengan beberapa jenama produk yang terkenal dan tersohor seperti Property Guru, Carousell, Carrie Junior, Cosmoderm, Legend Cherating, Dashing, Jakel, Butik Kacax, Kao, Malaysia Airports, SF Coffee, Yayasan SPARK, Domino's Pizza, Pizza Hut, McDonalds, BioXcellent, Traveloka, AgroFarmstay, Kopi Badang, Juara Travel, Lazz Susu Kambing, Freeport A Famosa, Lembaga Zakat Selangor, Watsons, Surya Apple Cider, Honda Malaysia, Unifi, Tealive, Syok, Himalaya dan banyak lagi.
Untuk pengiklanan dan kerjasama boleh emailkan ke amyzal_mz@yahoo.com
0 Comments