Kopi Badang dan Tart Nanas

Dalam sibuk-sibuk waktu hampir nak berbuka puasa petang tadi, sempat deliver Kopi Badang kat member lama masa zaman-zaman sekolah menengah dulu yang dah berpuluh tahun tak jumpa. Set appointment pun kat kedai bahan-bahan buat kek di Larkin Perdana. Nama member ni Puan Enita. Beliau merupakan usahawan wanita buat tart nanas. Tart nanas beliau ni memang thorbaek. Baru keluar dari oven panas-panas. Memang terangkatlah.


Puan Enita dapat tahu fasal Kopi Badang ni pun hasil dari info-info yang Papa Amyzal upload di FB, IG dan blog. Terus beliau ws Papa untuk mencuba sekotak Kopi Badang. Kebetulan Papa juga minat dengan kuih tart nanas yang selalunya hanya boleh didapati time-time nak menyambut Aidilfitri saja.

Akhirnya kami membuat urusniaga dengan cara orang berniaga dulu-dulu iaitu 'Barter Trade'. 1 kotak Kopi Badang untuk 1 bekas (50 biji) kuih tart nanas Puan Enita. Hurmm...best juga rupanya berurusniaga menggunakan cara ni.

Setelah beliau dan suaminya mencuba sendiri minum secawan Kopi Badang, beliau memberikan reaksi berikut :-

Enita Binti Eusof menulis :

"Memang kopi Badang Terbaik...sekali rasa nak lagi.
Macam x caya pula my hubby Mohamad Rashid Anuar x sakit kaki jejalan kt Jusco Tebrau ni.. Pekena Kopi Badang..Terus Power cam Badang...Terima Kasih Papa Amyzal memperkenalkannya...."

Hahaha...tak sangka plak dapat feedback segera dari Puan Enita yang sangat-sangat positif. Kepada rakan-rakan yang lain, bila lagi nak mencuba secawan Kopi Badang? Minum secawan pasti nak bercawan-cawan. Percayalah...

p/s Sudahnya Papa tak sempat sampai rumah waktu berbuka. Masa tu masih dalam perjalanan, azan dah berkumandang. Tau-tau jek la apa yang berlaku kan. Memang tart nanas tu jadi mangsa la. Sekali ngap, dua kali ngap, tiga kali ngap....hurmm jawabnya memang tak sempat sampai raya tart tu dah habis...muahahaha!!!

Post a Comment

0 Comments