Tabung Mangsa Banjir Johor

Kengkawan sumer, sesapa yang rasa perihatin dan ada sifat perikemanusiaan, marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka-mereka yang telah dilanda musibah dan memerlukan pertolongan ini. Walau sekecil mana pun bantuan yang kita berikan, ganjaran pahala tetap di sisi Allah SWT dengan syarat hendaklah datangnya dari hati yang tulus dan ikhlas. Sesungguhnya "Tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah" yang bermaksud, orang yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Hari ini hari mereka, esok-esok mungkin hari kita pula. Mudah-mudahan dengan pemberian kita yang sedikit itu dapat menyucikan kita dari dosa-dosa silam yang pernah kita lakukan secara sedar atau tidak dan dapat membersihkan jiwa kita dan menambah keimanan kita kepada Yang Maha Esa, insya Allah.
Dikuasakan oleh Blogger.